AMELIA HENDERSON & AMIR AHNAF MERIAHKAN PELANCARAN KOLEKSI FILA FLOAT DI FILA FUN RUN 2026


Larian kini lebih menyeronokkan dan mudah dinikmati oleh semua apabila FILA memperkenalkan koleksi terbaharu, FILA FLOAT Collection. Direka dengan fokus pada keselesaan, kasut ini dilengkapi kusyen SKYFOAM LITE serta tapak dalam Ortholite yang memberikan pengudaraan baik untuk pengalaman larian yang lebih lancar dan selesa, sesuai untuk semua tahap daripada yang baru bermula hingga ke pelari berpengalaman. Koleksi ini dilancarkan hari ini di FILA Fun Run pertama di Malaysia.


Acara ini berjaya menarik lebih 1,300 peserta yang bersama-sama meraikan gaya hidup sihat, kesejahteraan dan semangat komuniti. Turut memeriahkan acara ialah dua selebriti yang mencerminkan keseimbangan antara kesihatan dan kecergasan, Amelia Henderson dan Amir Ahnaf. Mereka berinteraksi dengan para peserta serta berkongsi tip bagaimana larian boleh dijadikan sebahagian daripada rutin harian untuk kesejahteraan fizikal dan mental.


Menekankan kepentingan berlari mengikut keselesaan diri serta menjadikan larian sebagai cara mudah dan berkesan untuk kekal sihat, Amelia Henderson berkongsi, “Gaya hidup aktif sentiasa menjadi sebahagian penting dalam kehidupan saya, sama ada berlari, bersenam atau sekadar memastikan diri sentiasa bergerak sepanjang hari. Ia membantu saya kekal cergas dan mengekalkan gaya hidup yang sihat dan seimbang. FILA FLOAT MAX 2.0 yang baharu, dilengkapi teknologi SKYFOAM LITE, menawarkan kusyen selembut awan serta keselesaan sepanjang hari yang membolehkan saya kekal bergaya dan selesa setiap hari.”


Dikenali dengan gaya hidupnya yang cergas, Amir Ahnaf berkongsi, “Konsistensi sangat penting bagi saya. Saya perlukan kasut yang mampu menyokong dari segi keselesaan, kestabilan dan sokongan yang baik. FILA FLOAT E7 4.0 menawarkan keseimbangan itu, dengan teknologi TPU Stable Ring yang membantu mengekalkan kawalan dan kestabilan. Material 3D Engineered Mesh bersama tapak dalam Ortholite pula memastikan kaki kekal sejuk dan selesa, walaupun untuk larian jarak jauh. Teknologi SKYFOAM LITE pula memberikan kusyen responsif yang meningkatkan tahap keselesaan. Pada masa sama, rekaannya ringkas dan bergaya, sesuai dipakai setiap hari.”


Di FILA Fun Run, para peserta menikmati pelbagai aktiviti interaktif yang menyeronokkan termasuk tiga misi utama, meneroka Zon FILA FLOAT Collection, mencabar diri dalam cabaran “Test Your Speed”, serta bergambar di Interactive Photo Booth untuk menebus rantai kunci lsulaman edisi terhad FILA FLOAT. Acara ini turut mendapat sokongan padu daripada rakan jenama seperti Insta360, Spritzer, Munchy’s Oat Krunch, CHAGEE dan Lancôme, serta penaja lokasi IOI City Mall, sekali gus mencerminkan sokongan kuat terhadap gaya hidup aktif di Malaysia.

Meneruskan legasi FILA yang menggabungkan prestasi dan inovasi moden, FILA FLOAT Collection diinspirasikan daripada konsep “Feel The Float In Every Run”. Direka untuk pelari yang mementingkan gaya dan fungsi, koleksi ini menampilkan teknologi kusyen SKYFOAM LITE serta tapak dalam Ortholite dalam setiap rekaan. Setiap model dihasilkan untuk memenuhi keperluan larian dan gaya hidup yang berbeza dan kini hadir dalam pilihan warna baharu iaitu beige dan hitam, dengan dua variasi tersendiri.


FILA FLOAT MAX 2.0 – Sesuai untuk larian ringan dan pergerakan harian. Direka untuk pengalaman larian yang lancar dan stabil dengan struktur tapak rolling sole, material mesh dengan pengudaraan baik untuk keselesaan sepanjang hari serta tapak luar bercengkaman tinggi bagi sokongan tambahan dalam aktiviti harian.

FILA FLOAT E7 4.0 – Direka untuk pelari yang konsisten, menawarkan pengalaman larian yang lebih stabil dan responsif dengan struktur serta kawalan tambahan. Disokong oleh teknologi TPU Stable Ring dan material 3D Engineered Mesh dengan pengudaraan baik, ia sesuai untuk larian jarak jauh dan latihan yang lebih intensif.


Mulakan gaya hidup aktif anda dengan FILA FLOAT Collection hari ini. Koleksi ini kini boleh didapati di butik rasmi FILA serta secara dalam talian. Untuk maklumat terkini, ikuti @filasoutheastasia dan @fila.malaysia, dan kongsikan momen anda menggunakan #FILA #FILAMY #FILASEA #FILAFUNRUN2026.

Comments

Popular posts from this blog

LKE MUSANG QUEEN & DKING JALIN KERJASAMA UNTUK MEMBANGUNKAN INDUSTRI DURIAN MALAYSIA

TENA TAMPILKAN PEREKA DR. ERIC LEONG DALAM KEMPEN TERBARU