JOM KE AEON MALL TAMAN EQUINE: KARNIVAL EXTRAVAGANZA KEMBALI DENGAN TAWARAN LUAR BIASA!
Adakah anda bersedia untuk pengalaman beli-belah yang paling meriah tahun ini? AEON Mall Taman Equine kini membawakan AEON Carnival Extravaganza — sebuah festival yang penuh warna-warni, kegembiraan, dan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. Bermula dari 16 April sehingga 3 Mei 2026, pusat beli-belah ini bakal bertukar menjadi destinasi tawaran hebat yang anda tidak mahu lepaskan.
Lubuk "Pop-Up Store" & Jualan Gudang Mega
Cari kelengkapan rumah atau gaya baharu? Kami ada segalanya di Pop-Up Store Extravaganza. Daripada gajet elektrik, fesyen kediaman, hinggalah ke pakaian dan makanan, semuanya di bawah satu bumbung!
Mega Bedding Clearance (Diskaun sehingga 70%!):
Terletak di Tingkat Bawah Tanah (LG), inilah masanya untuk menukar tilam dan bantal lama anda kepada jenama premium seperti Jean Perry, Novelle, Ann Taylor, Bed Talk dan Red Daniel. Jangan terlepas slot Happy Hour yang berlangsung 3 kali setiap hujung minggu untuk harga yang lebih menjimatkan!
Pesta Barangan Elektrik (Electrical Clearance Fair):
Dapatkan tawaran hebat barangan elektrik ini di hadapan AEON Supermarket (LG). Jenama terkemuka seperti Khind, Tefal, Midea, Faber, Gaabor, Elba, Hanabishi, Bear, Philips, Sharp dan banyak lagi menanti anda. Sama ada anda perlukan peti sejuk baharu atau sekadar air fryer untuk dapur, jualan ini adalah jawapannya.
Tarikh Jualan Elektrik Istimewa: 25 – 26 April & 1 – 3 Mei 2026.
Ganjaran Eksklusif: Belanja RM100 di bahagian elektrik (termasuk barangan jualan gudang) dan terima Baucer Ganjaran AEON RM5! Lagi banyak and berbelanja, lagi banyak ganjarannya!
Promosi Fesyen & Kanak-Kanak
- Dapper Clearance: Terletak di Tingkat Bawah (Ground Floor), bertentangan dengan kedai buku Popular.
- Promosi Binbi & Mattel: Terletak di hadapan AEON Department Store. Dapatkan penjimatan hebat untuk gaya anda dan juga si cilik!
Zon Makanan & Minuman (F&B)
Singgah ke Centre Court, Ground Floor untuk pelbagai pilihan jenama kegemaran: Radiant Organic, Zenxin, Sunshine, The Monster, Teik Senn & Julies. Nikmati lebih banyak variasi dan pilihan snek serta makanan sihat di sini!
Acara Kemuncak & Aktiviti Menarik
25 April 2026: 1,000 Balloons Drop & Thank You Day
Bersiaplah untuk kemeriahan di AEON Mall Taman Equine dengan acara Balloon Drop! 1,000 belon berwarna-warni akan dilepaskan dari atas, dan sebahagiannya berisi kejutan istimewa seperti baucar eksklusif. Saat belon jatuh, suasana bertukar jadi perlumbaan menyeronokkan – siapa cepat, dialah yang dapat hadiah. Jangan lepaskan peluang untuk merasai detik penuh warna dan keriangan ini bersama keluarga dan rakan!
Baucer Hari Terima Kasih: Terima e-voucher RM5 apabila anda berbelanja RM80 di AEON Supermarket atau Department Store (termasuk barangan promosi).
26 April 2026: Kolaborasi Hari Tanpa Kenderaan bersama MBSJ
- 50KM Half Century Urban Ride
- 10KM HTKSJ Urban Run
- Pertandingan Aerodance
- Pertandingan Mewarna
- Teh Tarik Bersama F&N
- Pertandingan Menghias Buah-buahan
- Netball Shootout
- Eco Free Marketing
- Senamrobik
- Persembahan Busking
- Pameran Agensi Kerajaan
- Explorasi Sekolah Sihat & Lestari
Carnival Extravaganza di AEON Mall Taman Equine bukan sekadar tempat membeli-belah, ia adalah tentang mencipta memori indah bersama yang tersayang. Datanglah beramai-ramai dan rasai sendiri kemeriahannya!
Untuk maklumat lanjut, layari:
Facebook: @AEONMallMY
Instagram: @aeonmallmalaysia
TikTok: @aeonmall.malaysia
Laman Web: www.aeonmallmy.com
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment