PELANGGAN SHOPEE VIP NIKMATI SEMUA PENGHANTARAN PERCUMA DAN TAWARAN AKSES AWAL 50% DISKAUN PADA 5.5 INI


Nikmati lebih penjimatan sepanjang Shopee 5.5 Festival Penghantaran Percuma VIP dari 26 April hingga 8 Mei dengan Semua Penghantaran Percuma RM0 Perbelanjaan Minimum, eksklusif untuk pelanggan Shopee VIP. Selain itu, nikmati tawaran akses awal VIP 50% diskaun, baucar VIP bernilai lebih RM5,500, serta peluang memenangi perjalanan ditanggung sepenuhnya ke FIFA World Cup 2026™ di Amerika Syarikat bersama adidas.

Cheryl Ang, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, berkata, “Melalui Shopee 5.5 Festival Penghantaran Percuma VIP, kami terus mempertingkatkan pengalaman Shopee VIP untuk pengguna setia kami. Manfaat yang ditawarkan dirangka bagi membantu pengguna menjimatkan perbelanjaan harian melalui penghantaran percuma, akses awal ke kempen, serta ganjaran eksklusif bersama rakan jenama terkemuka. Secara keseluruhan, manfaat ini membolehkan pengguna berjimat dengan lebih konsisten, sambil menikmati pengalaman tambahan di luar membeli-belah.”


Beli Bila-bila Masa dengan Semua Penghantaran Percuma RM0 Perbelanjaan Minimum

Nikmati penghantaran percuma untuk setiap pesanan dengan baucar Semua Penghantaran Percuma RM0 Perbelanjaan Minimum, walaupun untuk pembelian tunggal atau pesanan kecil. Baucar penghantaran juga boleh digabungkan dengan baucar platform dan Shopee Coins untuk penjimatan tambahan.


Jadi yang Terawal untuk Rebut Tawaran 50% Diskaun dan Baucar Bernilai Lebih RM5,500

Dapatkan akses awal kepada tawaran paling popular bermula 4 Mei 2026, 12AM, sebelum ia dibuka kepada pengguna lain pada 8PM. Antara produk terpilih merentas jenama termasuk:

● Knockout Deals serendah RM5 dan RM55 untuk produk Samsonite, Dreame, vivo dan Yamaha pada waktu terpilih, dengan empat tambahan waktu penawaran eksklusif untuk pelanggan VIP

● Tawaran Shopee Lagi Murah eksklusif VIP dengan diskaun 50% daripada Dyson, New Balance dan Huawei

● Tawaran masa terhad seluruh platform dengan diskaun sehingga 50% daripada Sony, DJI, ASICS, Xiaomi dan Bonia

Selain akses awal, nikmati baucar bernilai lebih RM5,500 yang boleh digabungkan dengan tawaran sedia ada untuk penjimatan lebih besar. Antaranya:

● 26 April hingga 5 Mei: Baucar Harian VIP diskaun 30%, ditawarkan empat kali sehari pada 12AM, 12PM, 8PM dan 10PM

● 29 April: Baucar diskaun sehingga 25% sempena VIP Wednesday

● 4 & 5 Mei: Baucar diskaun sehingga 20% ditawarkan pada 12AM, 12PM dan 8PM


Menangi Perjalanan Ditanggung Sepenuhnya ke FIFA World Cup 2026™ bersama adidas

Rebut peluang untuk memenangi perjalanan ke FIFA World Cup 2026™ di Amerika Syarikat yang ditanggung sepenuhnya bersama adidas. Sertai Tap & Win FIFA World Cup 2026™ bersama adidas di aplikasi Shopee untuk mengumpul tiket emas dan meningkatkan peluang kemenangan.

Nikmati Lebih Penjimatan dan Ganjaran dengan Shopee VIP

Daripada Semua Penghantaran Percuma RM0 Perbelanjaan Minimum kepada tawaran akses awal 50% diskaun 50%, baucar bertindan dan ganjaran gaya hidup eksklusif, Shopee 5.5 Festival Penghantaran Percuma VIP menawarkan lebih banyak penjimatan dan manfaat untuk pengguna yang berbelanja di Shopee setiap hari.

Mulakan dengan percubaan percuma Shopee VIP selama 1 bulan, kemudian teruskan dengan hanya RM4.50 sebulan untuk menikmati semua manfaat ini. Terokai pelbagai tawaran dan ganjaran di sini.

Comments

Popular posts from this blog

LKE MUSANG QUEEN & DKING JALIN KERJASAMA UNTUK MEMBANGUNKAN INDUSTRI DURIAN MALAYSIA

TENA TAMPILKAN PEREKA DR. ERIC LEONG DALAM KEMPEN TERBARU