RANGKAIAN PENJAGAAN KULIT BUATAN ASIA DILANCARKAN: DIBANGUN BERSAMA DAN DIUJI OLEH PAKAR DERMATOLOGI ASIA
guardian Malaysia meraikan sinergi antara sains dermatologi moden dan pendekatan kesejahteraan kulit holistik Asia menerusi penganjuran acara Asian Derma Concourse di Sunway Pyramid dari 20 hingga 26 April 2026. Acara bertemakan SkinQi ini turut menyaksikan pelancaran rasmi rangkaian terbaharu produk penjagaan kulit derma dari China dan Korea di guardian, destinasi Pakar Kulit No.1 di Malaysia.
Pelancaran ini menawarkan rangkaian penyelesaian topikal yang selari dengan pendekatan kesejahteraan kulit secara holistik, diterajui oleh jenama terkemuka seperti Winona, Pyunkang Yul, APLB, 377 Sightfuture, Proya, Chando dan HBN. Hampir kesemua jenama ini ditawarkan secara eksklusif di guardian. Dalam masa yang sama, pelanggan semakin menunjukkan minat terhadap produk penjagaan kulit buatan Asia, khususnya berikutan masalah kulit yang dipengaruhi oleh faktor iklim. Malah perkara ini menjadi ‘topik hangat’ disebabkan fenomena gelombang haba yang sedang melanda negara ketika ini.
| Dr Kevin Guo, Pengarah Pembangunan Produk Winona berkongsi bersama Dr Kwon O-ryeon, Pengarah Pyunkang Korean Medicine Hospital tentang manfaat produk penjagaan kulit yang dibangunkan di Asia. |
Gelombang haba dan masalah kulit orang Asia
Gelombang haba bukan sahaja menjejaskan ekosistem, malah turut memberi kesan kepada kesejahteraan kulit - organ terbesar tubuh manusia.
Menurut Harvard Health Publishing (klik di sini), keadaan seperti ekzema, ruam dan sensitiviti kulit boleh menjadi lebih teruk apabila suhu meningkat. Seiring peningkatan kesedaran terhadap penjagaan kulit, pendedahan kepada pakar dermatologi serta pengaruh trend K-, C- dan J-beauty, rakyat Malaysia kini semakin cenderung mencari produk penjagaan kulit yang lebih ‘berkesan’ bagi menangani masalah mereka.
| Priscilla Wu, Pengarah Urusan guardian Malaysia |
Berucap di majlis pelancaran, Priscilla Wu, Pengarah Urusan guardian Malaysia berkata,
“Jenama-jenama yang dipilih khas ini memberi tumpuan kepada kategori yang sangat relevan seperti ekzema, jerawat dan hiperpigmentasi, sekali gus membolehkan rakyat Malaysia mengakses formulasi – sebahagiannya menampilkan keseimbangan ‘yin’ dan ‘yang’ antara herba dan sains – yang dibangunkan khusus untuk keperluan kulit orang Asia.”
| En Lim Jack Shen, Setiausaha Agung Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) |
Antara tetamu kehormat yang hadir di majlis itu ialah En Lim Jack Shen, Setiausaha Agung Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Dr Kevin Guo, Pengarah Pembangunan Produk Winona dan Dr Kwon O-ryeon, Pengarah Hospital Perubatan Pyunkang Korea (Cawangan Seocho).
| Dr Kevin Guo, Pengarah Pembangunan Produk Winona |
| Dr Kwon O-ryeon, Pengarah Hospital Perubatan Pyunkang Korea (Cawangan Seocho). |
Penjagaan Kulit ‘Made-for-me’
Setiap jenama dalam rangkaian baharu ini memenuhi piawaian kelayakan dermatologi guardian serta menawarkan formulasi yang disasarkan untuk kulit sensitif, kawalan jerawat, pencerahan, pemulihan lapisan pelindung kulit, anti-penuaan serta kawalan melanin. Produk-produk ini dirumus atau dibangunkan dengan kerjasama pakar dermatologi serta disokong oleh ujian klinikal yang ketat dan penilaian keberkesanan bahan dalam konteks iklim serantau.
“Keberkesanan merupakan aspek yang amat penting bagi pelanggan kami,” tambah Priscilla. Memandangkan struktur kulit, fisiologi dan pembentukan pigmentasi masyarakat Asia yang unik (klik di sini), digabungkan dengan keadaan iklim ekstrem yang dialami, tidak menghairankan bahawa produk derma daripada jenama Asia berpotensi memberikan manfaat yang lebih optimum kepada pengguna tempatan.
“Dengan pelancaran jenama penjagaan kulit ‘Made-for-me’ ini, keperluan pelanggan untuk mendapatkan produk derma Asia terbaik kini dapat dipenuhi sepenuhnya! Kami adalah perintis dalam menghimpunkan rangkaian produk derma Asia terluas di bawah satu bumbung, menggabungkan jenama terkemuka dari China dan Korea bersama jenama Jepun yang sedia ditawarkan di stor. Para pelanggan juga disarankan untuk mencuba Pemeriksaan Kesihatan Kulit berkuasa AI kami sebelum kami mencadangkan rangkaian penjagaan kulit yang paling tepat untuk keperluan anda,” tambah beliau.
| Guardian Malaysia menandatangani MOU bersama MPS untuk memperkukuh program kepakaran derma runcit, diwakili oleh Priscilla Wu (Guardian) dan Encik Lim Jack Shen (MPS). |
Kepakaran Derma guardian x Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)
Kepakaran profesional kakitangan guardian yang diperakui dalam bidang derma akan terus dipertingkat melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai bersama MPS semasa acara berlangsung.
“MoU ini merangkumi kerjasama dalam program latihan profesional berfokuskan dermatologi serta mengukuhkan komitmen kami sebagai penasihat kesejahteraan yang dipercayai. Komitmen ini dizahirkan melalui lebih 100 ahli farmasi Pakar Derma dan 600 penasihat derma kami di stor,” jelas Priscilla.
| Ahli farmasi Guardian Malaysia mempersembahkan demonstrasi Skin Health Check berkuasa AI bersama seorang sukarelawan. |
Dengan adanya rangkaian penjagaan kulit derma Asia terluas yang tersedia di stor, kakitangan yang diperakui derma, disokong oleh teknologi berkuasa AI guardian, berupaya mencadangkan produk buatan Asia yang paling sesuai bagi mencapai hasil yang optimum. Kesemua ini meningkatkan komitmen terhadap kesihatan kulit pelanggan, sekali gus menjadikan guardian destinasi sehenti untuk nasihat yang dipercayai, penyelesaian terpilih dan teknologi inovatif dalam kesejahteraan kulit.
| Pelanggan mencuba jenama baharu Asian Derma Certified di acara GUARDIAN SKINQI |
“Jangan lepaskan peluang untuk mencuba rangkaian penjagaan kulit Derma Asia terbaharu kami. Biarkan ahli farmasi Pakar Derma atau penasihat derma kami membantu mencadangkan mengesyorkan rejimen penjagaan kulit yang paling optimum untuk anda melalui Pemeriksaan Kesihatan Kulit berkuasa AI kami!” kata Priscilla mengakhiri ucapan beliau.
Comments
Post a Comment