REBUT BAUCAR DISKAUN 50%, TAWARAN EKSKLUSIF DAN SEHINGGA 150,000 SHOPEE COINS APRIL INI DENGAN SHOPEE SUPERSTAR BRAND SHOW



Nikmati tawaran lebih hebat April ini dengan Shopee Superstar Brand Show, yang berlangsung dari 8PM hingga 10PM di Shopee Live, mulai sekarang hingga 29 April. Pembeli juga berpeluang untuk berinteraksi dengan pencipta kandungan popular seperti Khairul Aming, Qin Qin, BosPami, dan Afiq Rahim. Penonton siaran langsung boleh menikmati baucar livestream diskaun 50%, tawaran eksklusif, serta peluang untuk memenangi sehingga 150,000 Shopee Coins. Semua ini boleh digabungkan dengan Baucar Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum dan baucar platform untuk penjimatan yang maksimum.

Jangan lepaskan Shopee Superstar Brand Show berikut:

10 April: Khairulaming Brand


Khairul Aming, pencipta kandungan makanan terkenal Malaysia dan pengasas Khairulaming Brand di Shopee, tampil dengan sesi livestream eksklusif untuk berkongsi resipi menggunakan produk popular beliau iaitu, Sambal Nyet dan Dendeng. Peminat boleh mendapatkan tawaran bundle Sambal Nyet dan Dendeng sepanjang sesi ini, serta berpeluang memenangi pengalaman menjamu selera di restoran terkenal beliau, Rembayung (bernilai sehingga RM400) untuk empat orang.

11 April: DAZZLE ME x Qin Qin


Ingin tampil dengan gaya baharu? Sertai pencipta kandungan kecantikan Qin Qin, yang dikenali dengan personaliti ceria dan sentiasa mengikuti trend semasa, ketika beliau menampilkan pilihan terbaik DAZZLE ME untuk pelbagai solekan, daripada gaya harian yang natural hingga penampilan yang lebih berani. Nikmati diskaun sehingga 68% untuk produk kegemaran ramai seperti DAZZLE ME Barbie Makeup Setting Spray (50ml) dan Makeup Setting Spray (50ml & 100ml), serta peluang memenangi hadiah eksklusif bernilai sehingga RM3,000 sepanjang sesi.

13 April: ANKER x BosPami


Ikuti pengulas teknologi BosPami yang akan berkongsi pilihan produk ANKER untuk pengecasan yang pantas, stabil dan boleh dipercayai, sesuai untuk kegunaan harian dan perjalanan. Nikmati tawaran bundle eksklusif sehingga 8% diskaun, termasuk soundcore Liberty 5 earbuds, manakala peranti pengecas terpilih 45W–160W hadir dengan kabel percuma. Dengan pembelian powerbank terpilih, pembeli juga boleh mendapatkan peranti pengecas 160W pada harga RM400, termasuk ANKER Prime Charger (160W, 3 Ports, Smart Display) untuk penyelesaian pengecasan serba lengkap.

14 April: Russell Taylors x Afiq Rahim

Dikenali dengan resipi keluarga yang ringkas dan mudah diikuti, pencipta kandungan kulinari Afiq Rahim akan berkongsi pilihan peralatan dapur Russell Taylors kegemarannya untuk memudahkan penyediaan hidangan harian. Pembeli juga boleh menikmati baucar diskaun 12% serta ganjaran eksklusif sepanjang livestream. Dengan perbelanjaan minimum RM300, pembeli akan menerima Russell Taylors Z1G Air Fryer percuma (bernilai RM399.99), manakala pembelian iMix terpilih membolehkan pembeli menerima Russell Taylors x Hello Kitty Pressure Cooker percuma (bernilai RM499.99).

Maksimumkan Penjimatan dengan Shopee Superstar Brand Show

Daripada keperluan rumah dan gaya hidup hingga fesyen dan elektronik, Shopee Superstar Brand Show menghimpunkan jenama popular, livestream yang menarik serta tawaran istimewa merentas pelbagai kategori. Dengan baucar diskaun 50%, tawaran eksklusif dan peluang memenangi sehingga 150,000 Shopee Coins, pembeli boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih berbaloi.

Tonton Shopee Superstar Brand Show dan terokai tawaran eksklusif di sini.

Comments

Popular posts from this blog

PUBG MOBILE SAMBUT ULANG TAHUN KE-8 DENGAN SAMBUTAN MERIAH, UMUM FOKUS BAHARU KEPADA KOMUNITI MALAYSIA TIMUR

SAMBUTAN HARI PEKERJA SEDUNIA BERSAMA FESTIVAL MUZIK AIR RAIN RAVE UNTUK MENINGKATKAN PERMINTAAN PELAWAT DAN MENYOKONG EKONOMI TEMPATAN