SHOPEEFOOD DAY KEMBALI PADA 18 APRIL DENGAN DISKAUN SEHINGGA 99%, PENGHANTARAN PERCUMA DAN HADIAH EKSKLUSIF
Penuhi selera anda pada 18 April ini sempena ShopeeFood Day dengan lebih banyak ganjaran untuk setiap pesanan. Sama ada ingin mencuba sesuatu yang baharu atau mengulangi pesanan kegemaran, pengguna boleh menikmati lebih penjimatan dengan baucar diskaun sehingga 99%, peluang memenangi hadiah eksklusif serta Shopee Coins di Shopee Live, dan penghantaran percuma tanpa had dari kedai berdekatan, semuanya boleh digabungkan dengan baucar harian Shopee VIP.
Nikmati Diskaun Sehingga 99% dan Peluang Menang Besar Sempena ShopeeFood Day
Daripada hidangan berat hingga pencuci mulut, pengguna boleh menikmati baucar diskaun sehingga 99% tanpa perbelanjaan minimum di semua peniaga ShopeeFood, bersama penghantaran percuma dari kedai berdekatan di seluruh negara, termasuk Mixue, Bask Bear dan Pizza Hut. Baucar akan ditawarkan lima kali sepanjang hari pada 9 pagi, 11 pagi, 3 petang, 5 petang dan 7 malam.
Selain itu, pengguna juga berpeluang menikmati ganjaran tambahan di Shopee Live. Tonton livestream dari 12 tengah hari hingga 2 petang dan 6 petang hingga 8 malam untuk peluang memenangi sehingga 250,000 Shopee Coins, baucar bernilai sehingga RM10,000, serta hadiah menarik bernilai RM7,000 apabila membeli baucar ShopeeFood semasa sesi tersebut.
Antara hadiah yang ditawarkan termasuk:
● Dreame Vacuum Cleaner (bernilai RM899)
● Philips Airfryer (bernilai RM580)
● Lululemon Gift Card (bernilai RM500)
● Xiaomi Smart Humidifier (bernilai RM179)
● Touch ‘n Go eWallet reload pins (bernilai RM100)
Gandakan Ganjaran dengan Shopee VIP dan Tawaran ShopeeFood Day
Manfaatkan ShopeeFood Day sepenuhnya dengan menggabungkan kelebihan Shopee VIP bersama tawaran platform. Pelanggan baharu Shopee VIP boleh menikmati baucar diskaun sehingga 99% tanpa perbelanjaan minimum, manakala pelanggan sedia ada boleh menikmati diskaun sehingga RM20 bagi setiap pesanan. Dengan penghantaran percuma tanpa had serta diskaun 25% untuk ambil sendiri, pengguna kini boleh menikmati lebih fleksibiliti dan penjimatan.
Dari sekarang hingga 30 April, pelanggan Shopee VIP juga boleh menikmati diskaun 50% untuk semua pesanan Mixue secara eksklusif, menjadikannya masa terbaik untuk menikmati pilihan popular seperti Creamy Mango Boba, O-Crispy Sundae dan Super-Triple Milk Tea.
Jangan Lepaskan Peluang Sempena ShopeeFood Day
ShopeeFood Day pada 18 April ini menawarkan pelbagai tawaran menarik daripada diskaun sehingga 99% dan penghantaran percuma, hinggalah peluang memenangi hadiah di Shopee Live. Dengan Shopee VIP, pengguna boleh menikmati lebih banyak kelebihan dengan menggabungkan manfaat sedia ada bersama tawaran ini.
.png)
.jpg)
Comments
Post a Comment