KARIPAP IKEA PECAH REKOD: 8.6 JUTA TERJUAL DALAM SETAHUN


Bermula sebagai snek ringkas, karipap IKEA kini menjadi kegemaran seluruh negara. IKEA Malaysia secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records bagi kategori ‘Jualan Karipap Terbanyak dalam Setahun’, selepas mencatat jualan luar biasa sebanyak 8.6 juta karipap di seluruh negara.

Selama tiga dekad, karipap IKEA Malaysia bukan sekadar kudapan santai. Ia telah sebati dengan rutin harian rakyat Malaysia – sama ada dinikmati selepas membeli-belah ataupun ketika berkumpul bersama keluarga dan sahabat.

“Pengiktirafan ini bukan sekadar tentang angka, tetapi jutaan momen manis di sebaliknya,” kata Pengarah Runcit Negara IKEA Malaysia, Malcolm Pruys. “Bagi kami, ini bukan sekadar satu rekod. Di Malaysia, makanan adalah cara kita berhubung, bersantai, dan meluangkan masa bersama. Mengetahui bahawa karipap kami menjadi sebahagian daripada momen harian begitu ramai orang — itulah yang paling bermakna buat kami.”

Lebih penting lagi, pencapaian ini mencerminkan komitmen IKEA Malaysia dalam menawarkan makanan yang mampu milik, mudah diakses, dan berfokuskan kualiti — membuktikan bahawa makanan sedap tidak semestinya mahal.

“IKEA Food sentiasa menjadi bahagian penting dalam keseluruhan pengalaman IKEA,” tambah Pengurus Makanan IKEA Malaysia, Raymand Yeastman. “Karipap kami telah menjadi kegemaran yang dekat di hati ramai orang. Pencapaian ini menunjukkan bagaimana sesuatu yang ringkas mampu menyatukan orang ramai merentasi generasi.”


Daripada Rekod Nasional kepada Sambutan Bersama Rakyat Malaysia

Bersempena pencapaian ini, IKEA Malaysia turut mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama memeriahkan sambutan ini menerusi kempen #IKEAripapYourWay.

Diilhamkan daripada pengiktirafan Malaysia Book of Records, kempen ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk mencipta dan berkongsi ‘rekod’ versi mereka sendiri yang kreatif dan luar biasa bersama karipap IKEA – bagi melonjakkan satu pencapaian nasional kepada ribuan pencapaian peribadi.

Selari dengan semangat kebersamaan IKEA, momen istimewa ini turut diraikan bersama di gedungnya, dengan 500 karipap diagihkan pada 8 Mei di empat cawangannya. Kerana sesungguhnya, pencapaian yang paling bermakna adalah yang dapat dikongsi bersama, ketika masih panas, segar dan rangup.

Sempena ulang tahun ke-30, IKEA Malaysia terus komited untuk mencipta pengalaman harian yang lebih baik buat ramai rakyat Malaysia — sama ada melalui kelengkapan rumah mahupun makanan enak yang mengiringi perjalanan perjalanan ini.

Sesungguhnya, kenangan paling berharga sering terjalin saat kita berkongsi hidangan yang enak bersama.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran makanan IKEA, layari: www.ikea.com/my/en/stores/restaurant/.

 

Comments

Popular posts from this blog

FESTIVAL RAIN RAVE 2026 CATAT KEJAYAAN LUAR BIASA; SATUKAN TUJUH NEGERI DALAM SAMBUTAN BUDAYA DAN MUZIK ANTARABANGSA

POSTER RASMI KONSPIRASI KINI MENEMUI PENONTON, MENAMPILKAN VISUAL BERANI YANG CUKUP UNTUK MEMBERI BAYANGAN KONFLIK BESAR YANG BAKAL TERCETUS!

JOY BAWA PERCIKAN SENSASI BUAT PEMINAT MALAYSIA