AZURE SPRING - APABILA DUA JIWA MENEMUKAN HARAPAN DI SEBALIK LAUTAN BIRU


Kadangkala, kita perlu menjauh untuk menemukan semula diri sendiri. Bakal ditayangkan di Tonton mulai 10 Jun 2026, Azure Spring membawa kisah dua insan yang dipertemukan di sebuah pulau terpencil ketika masing-masing cuba mencari ketenangan dan melarikan diri daripada masa lalu mereka.

Diadaptasi daripada webtoon karya Jang Dukhyun dan diarahkan oleh Jung Hunsoo, drama Korea 6 episod ini menggabungkan elemen romantik, healing dan pencarian diri dalam sebuah kisah yang dekat dengan realiti kehidupan tentang jatuh, bangkit dan menemukan semula harapan.

Drama ini menampilkan Kim Ye-rim atau lebih dikenali sebagai Yeri daripada kumpulan Red Velvet sebagai Anna, seorang bekas juara renang remaja kebangsaan yang terpaksa melupakan impiannya selepas kariernya berakhir akibat kecederaan. Dalam usaha mencari ketenangan, Anna mengunjungi kampung halaman ibunya di sebuah pulau yang jauh daripada kesibukan kota.

Di sana, dia bertemu Deokhyun yang dilakonkan oleh Kang Sang-jun, seorang bekas anggota pasukan khas UDT yang memilih untuk hidup menyendiri selepas dihantui kisah silamnya sendiri. Pertemuan yang tidak dijangka itu membawa mereka kepada kehidupan sebagai haenam dan haenyeo, iaitu penyelam lelaki dan wanita yang mencari hasil laut di dasar lautan.

Berlatarbelakangkan keindahan lautan, Azure Spring membawa penonton menyelami rutin harian Anna dan Deokhyun yang dipenuhi aktiviti menyelam, mengutip hasil laut dan berkongsi hasil tangkapan bersama. Melalui pengalaman tersebut, mereka perlahan-lahan belajar berhadapan dengan diri sendiri, melepaskan beban yang dipendam dan menemui semula erti kehidupan. Namun, mampukah mereka benar-benar berdamai dengan masa lalu yang masih menghantui mereka?

Azure Spring turut dibintangi Ko Ju-hee dan Jung Hyun-min yang melengkapkan perjalanan penuh emosi ini. Adakah pertemuan yang bermula di tengah lautan ini akhirnya mampu menyembuhkan dua jiwa yang terluka? Temui jawapannya menerusi Azure Spring yang akan mula distrim dengan kesemua enam episod serentak mulai 10 Jun 2026, jam 12.00 tengah malam di Tonton.

Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram di @tontonmy.

Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

DAPATKAN TAWARAN RM6, KOLEKSI EKSKLUSIF OREO & BTS DAN POP MART DI SHOPEE 6.6

KEINDAHAN ORKID DI RESORTS WORLD AWANA: FESTIVAL BUNGA 2026 KINI BERMULA!