RASAI KEASLIAN HIDANGAN PHUKET: DOUBLETREE BY HILTON KUALA LUMPUR MEMBAWAKAN ‘THE ESSENCE OF THAI CUISINE’ BERSAMA CHEF JEMPUTAN NOPPADON CHAINAT
DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur dengan bangganya membawakan keunikan dan kelazatan gastronomi Thailand menerusi bufet makan malam eksklusif, “The Essence of Thai Cuisine”. Bermula dari 8 Jun sehingga 31 Julai 2026, para tetamu berpeluang menikmati kembara rasa yang mengujakan di Makan Kitchen, dibawakan khas oleh Chef Jemputan terkemuka, Chef Noppadon Chainat dari DoubleTree by Hilton Phuket.
Bufet istimewa ini tersedia pada setiap hari Jumaat dan Sabtu, bermula jam 6:30 petang hingga 10:00 malam. Ditawarkan pada harga RM168 nett untuk dewasa dan RM84 nett untuk kanak-kanak, ia merupakan peluang keemasan bagi peminat makanan Thai untuk menikmati hidangan asli tanpa perlu meninggalkan ibu kota.
Makan Kitchen turut menawarkan promosi hebat "Beli 4, Percuma 1" (Buy 4 Free 1). Melalui tawaran ini, kumpulan yang terdiri daripada 5 orang dewasa hanya perlu membayar RM672 nett secara keseluruhan.
Menerusi menu berputar (rotation menu) yang direka khas oleh Chef Noppadon, para tetamu bakal disajikan dengan kepelbagaian rasa—daripada pedas membakar, masam yang menyegarkan, sehinggalah manis yang memikat hati. Antara menu utama yang bakal memeriahkan meja bufet termasuklah:
Pembuka Selera & Salad: Mince Chicken Salad, Pomelo Salad, Som Tum, dan hidangan tradisional Miang Kham.
Hidangan Utama: Slow-Cooked Beef Curry yang kaya dengan rempah-ratus, Black Pepper Stir-Fried Squid, Cashew Nut Chicken, Lime-Chili Steamed Sea Bass Fillet, dan masakan kegemaran ramai, Mince Chicken with Basil serta Pad Thai.
Pencuci Mulut: Mango Sticky Rice yang lemak manis dan Rice Balls in Sweet Coconut Milk (Bua Loy).
Aktiviti Kebudayaan & Cabaran Menarik
Bukan sekadar memanjakan deria rasa, pengalaman makan malam ini turut diserikan dengan aktiviti interaktif kebudayaan Thailand. Para tetamu boleh menyertai Thai Greeting and Culture Mini Challenge serta menguji kepekaan deria mereka menerusi permainan Guess the Thai Spice.
Peluang Menang Percutian ke Phuket!
Malam anda mungkin menjadi lebih bermakna dengan cabutan bertuah eksklusif. Tetamu yang membelanjakan RM450 atau lebih dalam satu tempahan menerusi platform Sevenrooms berpeluang memenangi penginapan 2 Hari 1 Malam (2D1N) di DoubleTree Banthai Phuket, termasuk sarapan pagi untuk dua (2) orang.
Kelebihan Eksklusif: Dine Like A Member
Ahli Hilton Honors boleh menikmati potongan harga istimewa untuk hidangan dan minuman menerusi program Dine Like A Member:
Ahli Base & Silver: Diskaun 10%
Ahli Gold & Diamond: Diskaun 25% (Tertakluk pada terma dan syarat)
Maklumat Tempahan & Hubungan:
- Tempat: Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur, Level 11, The Intermark, 348 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
- No. Telefon: +603-2172 7272 (Sambungan/EXT: 7680 / 7681)
- Laman Web Rasmi: kl.doubletreebyhilton.com
.jpg)
Comments
Post a Comment