BMW CLUBHOUSE: DI MANA KELINCAHAN, EKSPRESI, KEPIMPINAN DAN KEMEWAHAN MENTAKRIFKAN PILIHAN UTAMA
Dari 17 hingga 19 Julai 2026, BMW Group Malaysia memperkenalkan BMW Clubhouse@Factory 19, Petaling Jaya yang dirangka berdasarkan empat dimensi yang mentakrifkan erti memilih BMW: Kelincahan (Sportiness), Ekspresi (Expression), Kepimpinan (Leadership) dan Kemewahan (Luxury). Acara ini terbuka kepada orang ramai setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
BMW Clubhouse turut menampilkan kemunculan sulung beberapa model dan varian baharu daripada BMW dan M di Malaysia, sekali gus memaparkan portfolio Keterbukaan Teknologi (Technology Openness) pengeluar automotif premium ini yang merangkumi pacuan elektrik, hibrid plag-in, serta enjin pembakaran dalam.
Selaras dengan semangat Kuasa Pilihan (Power of Choice) bagi setiap gaya hidup dan keperluan pemanduan peminat serta pelanggan jenama BMW, BMW Clubhouse dibentuk berlandaskan falsafah bahawa memilih BMW merupakan Pilihan Utama (The Ultimate Choice).
Selain meneroka model terkini daripada portfolio BMW Group Malaysia, pengunjung turut boleh menantikan pelbagai aktiviti interaktif yang direka khas berdasarkan empat dimensi Kelincahan, Ekspresi, Kepimpinan dan Kemewahan, serta barangan edisi terhad BMW yang disediakan sepanjang pengalaman BMW Clubhouse.
Daftar untuk pengalaman BMW Clubhouse di sini.
Untuk maklumat lanjut mengenai BMW Clubhouse, ikuti Facebook, Instagram atau laman sesawang rasmi BMW Malaysia.
.jpg)
Comments
Post a Comment