MERAIKAN STATUS HALAL, EAT PIZZA LANCAR MENU UNIK ‘PIZA RENDANG’ & ‘PIZA SATE’!


Rangkaian piza sajian induvidu terbesar dari Korea Selatan, Eat Pizza, kini secara rasminya telah menerima pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi cawangan mereka di Pavilion Bukit Jalil.

Pengiktirafan yang diperolehi sejak Mei 2026 ini membolehkan pelanggan Muslim menikmati keseluruhan menu kegemaran mereka tanpa was-was. Sementara itu, dua lagi cawangan mereka di AEON Tebrau City (Johor Bahru) dan Paradigm Mall (Petaling Jaya) sedang dalam proses untuk mendapatkan pensijilan Halal tidak lama lagi.


Dikenali sebagai 피자먹다 (pija meokda) di Korea yang bermaksud "makan piza", jenama ini mencatatkan pencapaian luar biasa dalam tempoh kurang dua tahun sejak menapak di Malaysia pada November 2024. Piza unik berbentuk segi empat tepat sepanjang 25cm ini direka khas untuk dipegang dengan satu tangan—sesuai untuk hidangan pantas yang siap dimasak segar dalam masa 5 minit sahaja menggunakan doh berprotein tinggi, minyak zaitun extra virgin, dan 100% keju asli.

Menu Istimewa Terhad: "Annyeong Halal – Seyo!"

Bagi meraikan berita gembira ini, Eat Pizza melancarkan menu kolaborasi khas berkonsepkan citarasa tempatan yang boleh didapati di ketiga-tiga cawangan bermula 20 Julai hingga 31 Ogos 2026:
  • Daging Rendang Kaw-Kaw Pizza (RM15.80) Gabungan mantap daging rendang yang kaya dengan rempah-ratus tradisional di atas kerak piza rangup yang menyelerakan.
  • Satay Smokey Pizza (RM15.80) Piza premium dengan "topping" potongan ayam sate beraroma asap (smokey) bersama kuah kacang yang padu.
  • Curry Puff / Karipap (RM6.80 untuk 5 ketul) Snek karipap mini keemasan yang digoreng rangup, sarat dengan inti kari yang padat dan lazat.
  • D'Bandung (RM4.80) Minuman sirap bandung klasik yang manis dan berkrim sebagai pelengkap hidangan yang menyegarkan.

Pelbagai Pilihan Menu Korea yang Menarik

Selain menu terhad di atas, Eat Pizza turut menawarkan seleksi piza berkonsepkan Korea popular yang lain:
  • Sweet Bulgogi Pizza (RM15.80): Daging lembu bulgogi lembut yang diperap dalam sos soya manis.
  • Kimchi Bulgogi Pizza (RM16.80): Gabungan unik daging bulgogi bersama kimchi segar.
  • Korean Spicy Chicken Pizza (RM15.80): Untuk peminat makanan pedas dengan rempah Korea yang membakar lidah.
  • 100% Real Cheese Pizza (RM11.80) & Korean Hawaiian Pizza (RM15.80).
Bukan itu sahaja, hidangan sampingan ala Korea turut tersedia seperti Gochujang Mac & Cheese (RM11.80), Chicken Slice Corn Cheese (RM10.80), dan Spicy Tteokbokki (RM13.80).


Maklumat Cawangan Eat Pizza Malaysia

Pavilion Bukit Jalil (Sah Halal JAKIM)
Lot 1.55.00, Pavilion Bukit Jalil | 10 pagi – 10 malam setiap hari

AEON Tebrau City, JB (Dalam Proses Memperoleh Sijil Halal)
Lot GK-19, AEON Tebrau City | 10 pagi – 10 malam setiap hari

Paradigm Mall, PJ (Dalam Proses Memperoleh Sijil Halal)
Lot LG-26 & LG-27, Paradigm Mall | 10 pagi – 10 malam setiap hari

Media Sosial: @eatpizza_my (Instagram & TikTok) | EatPizzaMalaysia (Facebook)
Laman Web: www.eatpizza.my

Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

TRESOR MONDE.H RAIKAN PEMBUKAAN RASMI BUTIK DI KLGCC MALL, MEMPERKENALKAN DESTINASI BAHARU BAGI BARANG KEMAS MEWAH

GEEKAY TUNDUKKAN RENN, RANGKUL GELARAN JUARA DEW CHALLENGE MUSIM 2

ECO-SHOP SUMBANG LEBIH DARIPADA RM36,000 BAGI MEMBANTU KELUARGA MANGSA KEBAKARAN DI KOTA BHARU