ECO-SHOP SUMBANG LEBIH DARIPADA RM36,000 BAGI MEMBANTU KELUARGA MANGSA KEBAKARAN DI KOTA BHARU
Lebih dua puluh keluarga di Kampung Gok Kapur, Kota Bharu sedang berhadapan dengan kehilangan tempat tinggal dan kemusnahan harta benda selepas kebakaran melanda kawasan tersebut pada 8 Jun 2026. Sebagai tindak balas, peruncit barangan rumah ultra mampu milik terkemuka Malaysia, Eco-Shop, telah menyumbang lebih daripada RM36,000 dalam bentuk bantuan kecemasan kepada keluarga yang terjejas, sekali gus menegaskan komitmen syarikat dalam menyokong komuniti pada waktu kesusahan.
Menyedari cabaran yang dihadapi oleh komuniti tersebut, Eco-Shop telah menyalurkan sokongan melalui bantuan kewangan dan baucar tunai bagi membantu memenuhi keperluan segera mereka selepas insiden kebakaran. Bantuan tersebut telah disampaikan dalam satu majlis penyerahan yang dihadiri oleh wakil komuniti Kampung Gok Kapur.
Patrick Teoh, Pengurus Besar Wilayah Pantai Timur Malaysia Eco-Shop, berkata syarikat berharap agar sumbangan ini dapat memberikan sedikit kelegaan ketika keluarga yang terjejas berusaha membina semula kehidupan mereka.
“Di Eco-Shop, kami percaya komuniti menjadi lebih kuat apabila rakyat saling bantu-membantu antara satu sama lain pada waktu sukar. Walaupun kami tidak dapat mengembalikan kesukaran yang telah dialami oleh keluarga terjejas, kami berharap sumbangan ini dapat membantu meringankan sedikit beban segera mereka dan memberikan dorongan ketika mereka melangkah ke hadapan,” kata Encik Patrick.
Majlis penyerahan bantuan telah diadakan di Masjid Al Ikhsan, di mana Alias Bin Mamat, Ketua Rukun Tetangga Kampung Gok Kapur, menerima cek replika bagi pihak penerima sebelum wakil Eco-Shop menyampaikan baucar tunai kepada keluarga yang terjejas.
“Sebagai peruncit yang berkhidmat kepada komuniti di seluruh Malaysia, kami amat bersyukur atas peluang untuk menghulurkan bantuan apabila diperlukan. Kami berharap sumbangan kecil ini dapat mengingatkan keluarga di Kampung Gok Kapur bahawa mereka tidak bersendirian, dan komuniti sentiasa bersama mereka sepanjang proses pemulihan,” kata Patrick mengakhiri kenyataannya.
Eco-Shop kekal komited untuk terus menyokong komuniti di luar operasinya, dengan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan serta menyumbang ke arah membina komuniti yang lebih kuat dan berdaya tahan di seluruh Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai Eco-Shop, ikuti Facebook (EcoShopMarketing), Instagram (ecoshop_my), TikTok (@ecoshopmalaysia) dan XHS (eco-shop MY).
%20(Custom)%20(Custom).jpeg)
%20(Custom)%20(Custom).jpeg)
Comments
Post a Comment