MCDONALD’S MALAYSIA HUJANI PEMINAT DENGAN ‘FRIES FROM THE SKIES’ SEMPENA HARI KENTANG GORENG SEDUNIA
Setiap orang ada cara tersendiri menikmati kentang goreng. Ada yang wajib celup dengan Sos Cili Mekdi, ada yang buru bahagian paling rangup, dan ada juga yang penuh waspada menjaga “wilayah” dulang masing-masing. Namun satu perkara pasti – kentang goreng McDonald’s sudah lama menjadi ritual harian rakyat Malaysia.
Sempena Hari Kentang Goreng Sedunia, McDonald’s Malaysia mengangkat momen perkongsian itu ke tahap baharu dengan aktivasi unik ‘Fries From The Skies’ di Bukit Bintang. Untuk satu malam, langit segitiga emas Kuala Lumpur bertukar menjadi pentas meraikan kembalinya Fans Fries Meal – lengkap dengan Kentang Goreng XXL, Sos Cili Mekdi XXL dan minuman Coke menyegarkan.
Paparan digital di sekitar Bukit Bintang jelas membakar keterujaan orang ramai, sebelum acara kemuncak bermula dengan "hujan" ratusan patung mainan (plushies) bertemakan kentang goreng McDonald’s dari ruang udara. Suasana bertukar gamat dengan sorakan pengunjung yang saling berebut untuk menangkap patung tersebut, yang masing-masing dilengkapi dengan kad penebusan hadiah eksklusif.
“Di McDonald’s Malaysia, kami bukan sekadar menyajikan makanan. Kami mahu mencipta detik-detik kecil yang menceriakan, sama ada melalui hidangan ringkas atau pengalaman visual yang berani,” kata Chin Mei Lee, Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia.
Tradisi meraikan menu ikonik ini bukan sesuatu yang baharu. Pada 2022, McDonald’s mengubah lintasan pejalan kaki Bukit Bintang menjadi Fries Crosswalk, manakala pada 2023 Menara Kuala Lumpur diterangi visual kentang goreng emas gergasi. Tahun ini, semangat perkongsian itu dibawa lebih tinggi – terus ke langit Bukit Bintang.
Fans Fries Meal boleh didapati di semua restoran McDonald’s Malaysia dari 10 hingga 12 Julai 2026 pada harga RM10, sementara stok masih ada.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment