SEMARAK PIALA DUNIA: ALAMANDA DAN MESRA MALL SEDIAKAN PENGALAMAN BOLA SEPAK IMERSIF SERTA GANJARAN HEBAT
Alamanda Shopping Centre dan Mesra Mall kini tampil menyemarakkan lagi kehangatan kejohanan bola sepak global dengan melancarkan kempen sukan eksklusif bermula bulan ini. Kempen tersebut menawarkan pelbagai aktiviti interaktif mesra keluarga serta peluang memenangi ganjaran lumayan buat para pengunjung.
Sebagai destinasi beli-belah yang berpaksikan komuniti, kedua-dua premis ini komited menyediakan persekitaran yang selamat dan ceria, sekali gus menyatukan ibu bapa, anak-anak, dan peminat sukan menerusi aktiviti sihat sepanjang musim cuti persekolahan.
Alamanda Bawakan Cabaran Arena Fizikal dan Digital
Di Putrajaya, Alamanda Shopping Centre melancarkan kempen "Bola Bola Alamanda" yang berlangsung dari 3 hingga 19 Julai 2026. Sepanjang 17 hari kempen ini berjalan, Ruang Legar (Centre Court) Alamanda telah ditransformasikan menjadi sebuah arena bola sepak gergasi ala stadium sebenar.
Pengunjung boleh menguji kecekapan masing-masing menerusi pelbagai zon interaktif menarik seperti:
- PUMA Dribble Challenge & Shoot! Goal! – Ruang menguji kemahiran fizikal dan sepakan gol.
- E-Football Arena & Bench Battle – Zon permainan digital dan cabaran strategik.
- 360° Celebration Cam – Khas buat pengunjung merakam video slow-motion kreatif ketika meraikan jaringan gol.
Bagi si cilik, aktiviti bola sepak mini VIKids turut disediakan untuk memastikan anak-anak dapat merasai sendiri keseronokan sukan ini dalam persekitaran yang selamat.
Dari segi ganjaran, Program Ganjaran Pengunjung Alamanda menawarkan:
- Perbelanjaan minimum RM50: Menerima satu (1) Pas "Bola Bola Experience".
- Perbelanjaan minimum RM500 (maksimum dua resit): Menerima dua (2) Pas eksklusif, kelayakan menyertai Peraduan "Teka Bola Bola" untuk memenangi e-baucar, serta peluang memutar mesin Gashapon khas bagi membawa pulang jersi bola sepak atau e-Baucar Alamanda.
Kempen 'The Golden Ticket' Kembali Gegar Mesra Mall
Sementara itu, Mesra Mall Kemaman turut menghidupkan suasana karnival sukan menerusi kempen utamanya, "The Golden Ticket", yang bertempat di Centre Court dari 4 hingga 19 Julai 2026.
Tampil dengan konsep Piala Dunia yang serba baharu, ruang legar mall ini dihiasi dengan 40 Kotak Misteri (Mystery Boxes) yang menampilkan reka bentuk bendera negara-negara yang bertanding, yang berfungsi sebagai gimik penebusan hadiah harian.
Antara tarikan utama di Mesra Mall termasuklah:
- Penalty Shootout Challenge: Kolaborasi bersama jenama sukan terkenal, Al-Ikhsan, pada 10–11 Julai dan 17–18 Julai 2026.
- Cabaran ini terbuka kepada 100 peserta terawal setiap hari, di mana setiap pemain diberikan tiga kali peluang sepakan penalti. Peserta yang berjaya menjaringkan gol akan membawa pulang Baucar Beli-belah Al-Ikhsan bernilai RM10.
Pengunjung yang berbelanja RM300 ke atas dalam maksimum dua resit boleh mendaftar di Kaunter Pertanyaan (Concierge Counter) untuk memilih kotak misteri pilihan mereka. Sebanyak 40 hadiah harian disediakan, merangkumi:
- Tiket Biru: Baucar RM30
- Tiket Perak: Baucar RM500
- Tiket Emas (Golden Ticket Utama): Baucar Beli-belah Mesra Mall bernilai RM1,000
Pengalaman Kreatif Buat Komuniti
Mengulas mengenai pelancaran berkembar ini, Pengarah Eksekutif dan CEO Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan berkata, pihak pengurusan sentiasa berdedikasi untuk memberikan pengalaman yang bermakna dan kreatif kepada komuniti setempat sepanjang musim sukan ini.
"Sama ada melalui cabaran sukan yang aktif dan elemen VIKids yang berpaksikan keluarga di Alamanda, mahupun cabaran cabutan misteri The Golden Ticket di Mesra Mall, fokus kami kekal pada penyediaan pengalaman berorientasikan keluarga untuk para pengunjung kami," katanya.
Untuk maklumat lanjut serta perkembangan terkini mengenai aktiviti dan ganjaran, sila layari laman web rasmi www.alamanda.com.my dan www.mesramall.com.my
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment