THE NOSTALGIC SPREAD: MENGIMBAU KENANGAN CITA RASA DI COFFEE TERRACE, RESORTS WORLD GENTING
Bagi peminat tegar kulinari di Genting Highlands, ada satu berita gembira yang pasti menaikkan selera! Selepas beberapa tahun menyepi, bufet makan malam ikonik di Coffee Terrace akhirnya membuat kemunculan semula menerusi tema yang cukup meng Gamit kenangan, “The Nostalgic Spread”. Bermula 15 Ogos 2026, restoran ini kembali menjemput kita semua untuk berkumpul dan menikmati hidangan kegemaran ramai yang dirindui.
Apa yang menarik tentang The Nostalgic Spread ini ialah susunan menunya yang berubah-ubah mengikut hari. Jadi, setiap kali anda datang, pasti ada kelainan yang menanti!
Juadah Tempatan & Tradisional yang Menggamit Selera Langkah pertama di stesen tempatan sahaja sudah cukup membangkitkan aroma yang menyelerakan. Anda boleh menikmati sajian klasik seperti Nasi Ayam Hainan, ayam dan itik panggang, Ayam Char Siew, serta Laksa Kari Nyonya yang kaya dengan rempah-ratus. Tidak ketinggalan, kegemaran ramai seperti Kuey Teow Goreng dan Nasi Goreng Kampung turut dihidangkan. Bagi pelengkap selera, stesen kudapan tradisional menyediakan Sate yang dibakar sempurna, Otak-Otak, dan Satar Ikan.
Penerokaan Kulinari Asia & Lautan Peminat makanan Asia pasti teruja dengan stesen masakan Cina yang menyajikan pelbagai tumisan dan sup berkhasiat, serta sajian laut segar yang digilirkan. Bagi penggemar hidangan Jepun, nikmati kepingan sashimi salmon dan tuna yang segar, aneka sushi dan maki, Takoyaki, Gyoza Ayam, serta aksi Teppanyaki. Untuk peminat makanan laut sejuk, stesen Seafood on Ice sedia memanjakan lidah anda dengan udang segar, kupang hijau New Zealand, dan kerang.
Sajian Barat & Rempah-Ratus India Pilihan Barat pula tidak menghcewakan dengan adanya Kambing Panggang yang empuk, Ayam Barbeku, serta hidangan sup yang memanaskan badan. Sementara itu, stesen India menyajikan Nasi Beraroma, Roti Naan panas, aneka kari pekat, dan hidangan Tandoori yang autentik.
Tips Istimewa: Jika anda berkunjung pada hari Jumaat atau Sabtu, jangan lepaskan peluang menikmati sajian panggang premium seperti Daging Lembu Panggang Berempah dan Kaki Kambing yang dihidangkan bersama pelbagai pilihan sos serta sayur-sayuran panggang!
Pencuci Mulut Penutup Tirai Maniskan penghujung malam anda dengan hidangan pencuci mulut yang penuh variasi. Daripada pencuci mulut tempatan seperti Ais Kacang dan Cendol, kuih-muih Nyonya serta Melayu, sehinggalah ke pastri Perancis yang halus rekaannya — semuanya ada untuk memuaskan deria rasa anda.
Maklumat & Harga Bufet Coffee Terrace:
- Waktu Operasi: Setiap hari (5.00 petang – 9.30 malam)
- Ahad hingga Khamis: RM88 (Dewasa) | RM48 (Kanak-kanak)
- Jumaat & Sabtu: RM108 (Dewasa) | RM58 (Kanak-kanak)
- Promosi Early Bird (5.00 petang – 6.00 petang): RM78 (Dewasa) | RM38 (Kanak-kanak) | RM68 (Warga Emas)
.jpg)
Comments
Post a Comment