DSR TAIKO BERHAD KUKUHKAN KEDUDUKAN MALAYSIA SEBAGAI PENERAJU INDUSTRI DURIAN GLOBAL MENERUSI FALSAFAH "ORIGIN MATTERS"


DSR Taiko Berhad sekali lagi mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju global dalam industri durian premium menerusi falsafah terasnya, "Origin Matters", yang memberikan keutamaan kepada aspek keaslian, kebolehkesanan, jaminan kualiti serta pembangunan industri secara mampan.


Falsafah ORIGIN MATTERS® mengetengahkan nilai unik sesuatu produk berdasarkan asal usul geografinya, merangkumi faktor topografi, ciri tanah, iklim serta amalan pertanian tradisional tempatan. Menerusi pengesahan asal usul dan pensijilan rasmi, ia melindungi integriti produk tulen, membanteras penipuan, menyokong kebajikan petani tempatan, serta memperkukuh kepercayaan pengguna terhadap nilai sebenar yang dibayar.


Sebagai antara syarikat Musang King bersepadu terkemuka di tanah air, DSR menguruskan keseluruhan rantaian nilai — bermula daripada pengurusan kebun sendiri, pemprosesan, pembuatan, peruncitan, sehinggalah pengedaran antarabangsa. Pendekatan ini memastikan setiap produk D.MasKing sentiasa menepati piawaian kualiti konsisten dan meyakinkan pengguna.

Komitmen ini diperkukuh menerusi Sistem Kebolehkesanan Terintegrasi Musang King (MKITS®) milik syarikat yang dibangunkan bersama SIRIM, disokong oleh Pensijilan Barangan MS SIRIM serta diperkasakan lagi menerusi pengiktirafan Petunjuk Geografi (GI) bagi Musang King.


Peluasan Pasaran Serantau dan Antarabangsa

Dalam usaha merancakkan pengaruh serantau, DSR bakal menyertai program Taste of Malaysia – Flavours from Penang di Shanghai sempena sambutan Merdeka dan Kempen Melawat Malaysia 2026.

Syarikat juga mengukuhkan jangkauan pasaran menerusi pemeteraian kerjasama strategik bersama Origin Matters Co. Ltd. sebagai pengedar utama di Taiwan, selain kini di peringkat akhir memuktamadkan pelantikan pengedar utama di Singapura.


Di samping itu, DSR turut menyambut kunjungan wakil media Asia Pasifik menerusi program Tourism Malaysia di DSR Forest Orchard Café baru-baru ini. Lawatan tersebut mempromosikan ekosistem "From Orchard to Table" (Dari Kebun ke Meja Hidangan) bagi memperkukuh naratif durian premium Malaysia di peringkat global.

Memajukan Industri Menerusi Kualiti dan Kepercayaan

Menurut kenyataan DSR Taiko Berhad, visi syarikat bukan sekadar menghasilkan produk durian premium semata-mata, sebaliknya membina nilai jangka panjang buat industri durian negara.


"Masa depan Musang King tidak seharusnya diukur berdasarkan volum pengeluaran atau kestabilan harga jangka pendek semata-mata. Sebaliknya, ia perlu dibina atas dasar asal usul (provenance), kebolehkesanan, keyakinan pengguna serta piawaian kualiti antarabangsa."


Sebagai sebahagian daripada usaha keterlibatan industri, DSR baru-baru ini bekerjasama dengan Wiser PR dan Moses@ViserPR bagi menganjurkan Media Durian Gathering (dengan D.MasKing Durian 大哥 sebagai rakan persembahan), mempertemukan rakan media dalam suasana santai sambil bertukar pandangan serta meraikan warisan Musang King Malaysia.

Menerusi falsafah "Origin Matters", DSR Taiko Berhad terus memposisikan D.MasKing sebagai jenama kebangsaan yang membanggakan, sekali gus mengangkat reputasi Malaysia sebagai tempat asal Musang King tulen yang diiktiraf dunia.

Comments

Popular posts from this blog

NESTLÉ OMEGA PLUS BAWAKAN ACARA JALAN KAKI DALAM FORMAT MAYA