GUARDIAN PECAH REKOD MALAYSIA BOOK OF RECORDS BAGI ‘PENDAFTARAN KEAHLIAN TERBESAR UNTUK PROGRAM GANJARAN DALAM TEMPOH SETAHUN’



guardian Malaysia hari ini menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori ‘Pendaftaran Keahlian Terbesar untuk Program Ganjaran dalam Tempoh Setahun’, sekali gus mencerminkan pertumbuhan luar biasa MYguardian Rewards, program kesetiaan pelanggan berasaskan aplikasi miliknya. Majlis penyampaian tersebut berlangsung di stor guardian KLCC, yang merupakan stor flagship pertamanya sebelum ini – telah dinaik taraf dan baru sahaja dibuka semula.

MYguardian Rewards berjaya mendaftarkan sebanyak 6.2 juta ahli unik dalam tempoh setahun pertamanya sehingga Mac 2026. Ini adalah satu pencapaian pertumbuhan yang memberangsangkan yang mengatasi kebiasaan industri. Pada bulan Ogos 2026, jumlah keahlian terus meningkat kepada lebih 7.5 juta ahli. Sebagai meraikan pencapaian istimewa ini, guardian menjadikan bulan Ogos sebagai bulan sambutan bersama para ahli MYguardian Rewards.

Program Kesetiaan Terulung, Tiada Setandingnya

Priscilla Wu, Pengarah Urusan guardian Malaysia dan Brunei, berkata: “Kami adalah No. 1* dan program ganjaran kami sememangnya luar biasa. Namun, yang lebih membanggakan ialah kejayaan kami mencatatkan pendaftaran keahlian terbesar dalam tempoh setahun - atau boleh saya katakan, yang paling pantas berkembang. Pencapaian ini membuktikan kepercayaan pelanggan serta daya tarikan pengalaman tersendiri yang ditawarkan melalui MYguardian Rewards, yang sememangnya berbeza daripada program lain di luar sana.”

“Setelah menyemak data yang dikemukakan kepada kami, kami dengan sukacitanya mengesahkan bahawa kejayaan MYguardian Rewards mendaftarkan lebih 6 juta ahli unik dalam tempoh setahun telah mencipta rekod baharu di Malaysia. Pencapaian ini membuktikan liputan meluas program ini serta popularitinya dalam kalangan rakyat Malaysia,” kata Jwan Heah Yeow Hooi, Ketua Pegawai Operasi, Malaysia Book of Records.

Ekosistem yang Menguntungkan

MYguardian Rewards merupakan platfom ganjaran serba lengkap milik guardian Malaysia yang telah mengubah cara rakyat Malaysia membeli-belah, berjimat dan kekal sejahtera. Melalui satu aplikasi, ahli boleh menikmati pelbagai manfaat termasuk pengumpulan mata ganjaran dan rebat segera yang diperibadikan, disokong oleh enjin kecerdasan pelanggan yang canggih.

Pemprofilan pelanggan membolehkan guardian menawarkan promosi yang lebih bersesuaian dengan keperluan dan minat setiap pembeli, selain kempen eksklusif bersama rakan kongsi serta fiesta khas dengan pengalaman tersendiri untuk ahli. Dengan lebih 80 rakan MYguardian Partners merentasi pelbagai kategori termasuk makanan dan minuman, fesyen, kecantikan, gaya hidup dan lain-lain, MYguardian Rewards terus membina ekosistem yang berkembang maju, sekali gus memberikan lebih banyak cara kepada ahli untuk mengumpul dan menikmati MYpoints mereka.

Sambutan Sepanjang Bulan

Pemilihan guardian KLCC sebagai lokasi majlis amat bertepatan. Stor ini pada asalnya dibuka pada tahun 1998 sebagai stor flagship peruncit ini. Setelah melalui proses naik taraf, stor seluas 4,714 kaki persegi ini kini dibuka semula dengan elemen pengalaman yang lebih menarik, tona warna yang lebih mesra kepada pembeli-belah, papan tanda yang lebih menyerlah bagi memudahkan navigasi, serta sudut guardian Picks yang dipertingkatkan. Ia turut menampilkan pelancaran ruang jualan Embrace Midlife Wellness dan menjadi stor guardian pertama di Lembah Klang yang menawarkan kaunter layan diri (self-checkout).

Stor ini turut menjadi tumpuan hampir lebih 200 ribu ahli MYguardian Rewards yang berbelanja di situ sejak Mac 2025, menjadikannya antara stor yang paling kerap dikunjungi oleh ahli. Sepertimana pembukaannya pada tahun 1998, pengiktirafan hari ini turut menandakan satu lagi titik penting dalam perjalanan guardian menuju sambutan Jubli Berlian pada tahun hadapan! “Pencapaian ini adalah hasil usaha pasukan kami, pembekal, rakan kongsi jenama, dan yang paling penting, pelanggan kami,” tambah Priscilla.

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan dan ahli setianya, guardian meraikan detik bersejarah ini dengan pelbagai promosi yang telah berlangsung sepanjang bulan Ogos, antaranya:
  • Kempen MY Beautiful Malaysia menawarkan diskaun sehingga 50% bagi 7,300 produk di seluruh stor. Ahli MYguardian Rewards pula menikmati 5x mata ganjaran bagi pembelian mereka.
  • Bermula 6 Ogos, ahli MYguardian Rewards yang berbelanja RM 200 dan ke atas dalam satu resit akan menerima flask panas mudah alih USB percuma lengkap dengan beg penghangat (tersedia dalam 3 rekaan)
  • Turut ditawarkan ialah koleksi beg tote guardian x FIZIWOO berilhamkan batik eksklusif dalam dua rekaan. Harga untuk bukan ahli ialah RM 29.90, manakala ahli boleh membelinya pada harga RM 19.90 atau menebusnya dengan 2,800 MYpoints!
  • Bagi ahli MYguardian Rewards yang berkunjung ke guardian KLCC yang berwajah baharu, pelbagai produk kesihatan, kesejahteraan dan kecantikan bersaiz penuh ditawarkan pada harga promosi istimewa RM1 sahaja. Promosi ini berlangsung dari 27 hingga 31 Ogos, tertakluk kepada ketersediaan stok.
“Pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records ini mengukuhkan lagi komitmen kami untuk terus menawarkan nilai, ganjaran dan pengalaman yang diperibadikan serta bermakna kepada para ahli kami. Kami akan terus berinovasi dan mempertingkatkan ekosistem ganjaran ini agar MYguardian Rewards kekal sebagai platform pilihan utama rakyat Malaysia," kata Priscilla sebagai penutup.

Comments

Popular posts from this blog

PROJEK LAUNCHPAD BANTU PELARIAN WANITA SEMASA PKP

SLOT MEGADRAMA ASTRO RIA KETENGAHKAN ISU PENCERAIAN DALAM SIRI DRAMA 'CINA BUTA'

GANJARAN RAKSASA WATSONS CLUB KEMBALI DENGAN LEBIH MERIAH, MEMBERI PELUANG KEPADA AHLI UNTUK MEMENANGI SEBUAH RUMAH

KEMPEN "MARI BER-CAROUSELL" GALAK AKTIVITI “DECLUTTERING”