HARRY POTTER: 25 YEARS OF MAGIC - PLATFORM 9¾ & HOGWARTS EXPRESS KINI DI PAVILION DAMANSARA HEIGHTS


Pavilion Damansara Heights membawa dunia magis Harry Potter lebih dekat kepada peminat tempatan dengan kempen “Harry Potter: 25 Years of Magic”, berlangsung dari 20 Ogos hingga 20 September 2026.


Pengunjung seolah-olah melangkah masuk ke Platform 9¾, bergambar dengan troli ikonik, sebelum meneruskan perjalanan ke Hogwarts Express lengkap dengan kesan wap dan kabin yang direka semula. Suasana diteruskan di Hogsmeade, di mana barangan eksklusif dan diorama bertema dipamerkan, serta bengkel kreatif untuk menghasilkan cenderamata peribadi.


Dato’ Joyce Yap, Ketua Pegawai Eksekutif Pavilion Malls, berkata, “Selama 25 tahun, Harry Potter telah menghubungkan generasi peminat di seluruh dunia. Kami berbesar hati meraikan detik ini dengan pengalaman imersif yang menghidupkan semula memori dan memperkenalkan generasi baharu kepada keajaiban dunia sihir.”


Sepanjang kempen, pengunjung boleh menyertai Cabaran Tiga Stesen – imbas kod QR, sertai pencarian artifak tersembunyi, dan berkongsi memori Harry Potter di kabin Hogwarts Express untuk menebus hadiah eksklusif.











Selain itu, bengkel bertema Harry Potter akan diadakan di aras Concourse, Level 2 pada hujung minggu terpilih, termasuk Workshop Topi Perayaan dan Shrink the Celebration Workshop. Kemuncak acara turut menampilkan Pertunjukan Fesyen oleh ALIST Academy pada 29 Ogos 2026.


Sepanjang tempoh promosi, pembeli berpeluang menebus barangan eksklusif Harry Potter – sepasang stokin dengan perbelanjaan minimum RM300, atau pouch edisi khas dengan perbelanjaan RM500 dalam satu resit.


Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi www.pavilion-dh.com atau media sosial Pavilion Damansara Heights.

Comments

Popular posts from this blog

KEMPEN "MARI BER-CAROUSELL" GALAK AKTIVITI “DECLUTTERING”

GANJARAN RAKSASA WATSONS CLUB KEMBALI DENGAN LEBIH MERIAH, MEMBERI PELUANG KEPADA AHLI UNTUK MEMENANGI SEBUAH RUMAH

PENGALAMAN 2 HARI 1 MALAM DI BANDAR YILAN, TAIWAN: KOTA KESENIAN TRADISIONAL DENGAN WARISAN BUDAYA YANG INDAH