HUAWEI MATEPAD AIR KEMBALI SEBAGAI TABLET AI ULTRA-NIPIS REKAAN SEAKAN PC UNTUK PRODUKTIVITI HARIAN
Huawei bersedia untuk mencetuskan fenomena dalam arena Produktiviti AI menerusi pengenalan HUAWEI MatePad Air baharu. Tablet AI ultra-nipis rekaan seakan PC ini direka bagi menawarkan pengalaman produktiviti yang lancar dan pintar. Menggabungkan ciri mudah alih, prestasi berkuasa tinggi serta keupayaan pintar, bentuk tablet yang nipis dan ringan ini menjadikannya teman setia terbaik bagi profesional moden untuk menyokong tugasan kerja, pembelajaran, dan aktiviti harian di mana jua mereka berada.
Mengekalkan falsafah reka bentuk tersendiri Huawei yang "nipis dan menawan", HUAWEI MatePad Air direka agar cukup ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja ilham bertandang. Binaan penuh logam yang anggun ini tampil dalam tiga pilihan warna menarik — Airy Blue, White, dan Sakura Pink — sekali gus memberi ruang kepada pengguna untuk menonjolkan gaya tersendiri tanpa mengabaikan aspek kepraktisan harian.
Tidakkah sekadar tampil menarik, HUAWEI MatePad Air turut melonjakkan tahap produktiviti menerusi aplikasi WPS Office 3.0 bertaraf PC, yang menawarkan pengalaman kerja serba boleh dan terbiasa di platform tablet. Kini ditingkatkan lagi dengan WPS AI, pengguna boleh bekerja dengan lebih cekap menerusi alatan pintar yang membantu mengurus tugasan, mempermudah aliran kerja, serta meningkatkan produktiviti. Melengkapi keupayaan ini adalah aplikasi HUAWEI Notes dan GoPaint yang memudahkan proses mencatat maklumat serta merealisasikan idea kreatif. Apabila dipadankan bersama HUAWEI Smart Magnetic Keyboard dan HUAWEI M-Pencil Pro, tablet ini mampu menyesuaikan fungsinya secara fleksibel untuk catatan nota, tugasan harian, mahupun penerokaan kreatif.
Tablet ini turut menampilkan paparan julung kali Ultra-clear OLED PaperMatte Display yang ditaik naik bagi memberikan pengalaman tontonan yang selesa untuk kerja dan hiburan. Ia menghasilkan visual yang cukup bertenaga, sama ada ketika pengguna menyemak dokumen, melakar idea, ataupun bersantai menikmati kandungan kegemaran mereka.
Lebih daripada sekadar sebuah tablet ringan, HUAWEI MatePad Air menghimpunkan reka bentuk yang teliti, ciri-ciri pintar, serta ekosistem terhubung yang dibina khas untuk gaya hidup moden — membantu pengguna beralih secara lancar antara kerjaya, kreativiti, dan detik-detik harian.
Jadilah antara yang terawal merasai kehebatan HUAWEI MatePad Air yang bakal dilancarkan secara rasmi pada 18 Ogos 2026. Nantikan maklumat lanjut mengenai harga dan ketersediaan, di mana pelanggan prapesanan berpeluang menikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM4,003. Pakej ini merangkumi HUAWEI Smart Magnetic Keyboard, HUAWEI M-Pencil Pro, HUAWEI Wireless Mouse, WPS Office Berkuasa AI berserta Langganan WPS AI selama 1 tahun, HUAWEI Notes Berkuasa AI, dan Perkhidmatan Premium HUAWEI. HUAWEI MatePad Air boleh didapati di HUAWEI Experience Store serta saluran dalam talian rasmi HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store on Shopee, HUAWEI Flagship Store on Lazada, dan HUAWEI Official TikTok Shop.
Tandakan kalendar anda untuk acara pelancaran rasmi ini dan ikuti perkembangan terkini menerusi HUAWEI Official Website, laman Facebook dan Instagram.
%20(1).jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment