LAC MALAYSIA ANJUR LARIAN PAGI MERDEKA DAN SARAPAN EKSKLUSIF BERINSPIRASIKAN CITA RASA TEMPATAN


Bersempena dengan Bulan Kebangsaan, LAC Malaysia telah menganjurkan program LAC Merdeka Morning Run pada 25 Ogos 2026 bertempat di Fin, Publika. Acara komuniti ini menghimpunkan para peserta untuk memulakan pagi dengan aktiviti fizikal, diikuti sarapan eksklusif berinspirasikan cita rasa Malaysia yang digabungkan dengan suplemen kesihatan terpilih.

Dianjurkan di bawah inisiatif LAC Community, perhimpunan ini menggalakkan orang ramai memanfaatkan hari cuti umum dengan mengamalkan gaya hidup seimbang menerusi aktiviti kecergasan, semangat perpaduan, dan kesedaran kesihatan. Diadakan dengan kerjasama Journey Run Club, larian santai sejauh 5KM tersebut memberi peluang kepada peserta bergerak mengikut kemampuan kendiri sambil mengeratkan hubungan sesama komuniti.

Fin, Publika bertindak sebagai lokasi acara sekali gus rakan kerjasama kulinari, bagi menyokong konsep bahawa suplemen pemakanan boleh diterapkan dalam hidangan harian secara mudah, menarik, dan praktikal.

Menu sarapan selepas larian menampilkan:

Smoothie Mangga dan Tembikai: Diadun bersama LAC Probiotic Complex 25 Billion CFUs.

Nasi Ulam Bunga Kubis: Disajikan bersama telur dadar dan begedil yang diperkaya dengan Isopure® Zero Carb Protein.

Minuman Pati Kunyit: Disediakan bersama LAC Joint Protec® Turmeric + UC-II.

Kek Pandan: Hidangan pencuci mulut berunsur tradisional.

Berteraskan warisan kulinari tempatan, menu berkenaan menampilkan semula hidangan popular kegemaran ramai dalam versi yang lebih ringan dan berkhasiat, sesuai sebagai pemakanan pascalarian tanpa mengabaikan kelazatan asal.


Acara berkenaan turut diseri dengan segmen Best Dressed, menyaksikan peserta yang mengenakan pakaian bertemakan warna Jalur Gemilang atau unsur tradisional dirai atas semangat patriotik mereka. Para pemenang membawa pulang barangan eksklusif sumbangan LAC.

Menggabungkan elemen kecergasan, pemakanan berkhasiat, dan budaya tempatan, LAC Merdeka Morning Run menawarkan platform berteraskan kesejahteraan buat rakyat Malaysia dalam meraikan Hari Kebangsaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai LAC Community dan program akan datang, ikuti saluran rasmi Instagram di @lacmalaysia dan @laccommunity.my.

Comments

Popular posts from this blog

PROJEK LAUNCHPAD BANTU PELARIAN WANITA SEMASA PKP

EARLY AUTISM PROJECT MENGANJURKAN RUN FOR AUTISM 2026 SEMPENA ULANG TAHUN KE-20 UNTUK MENGUMPUL DANA BAGI INDIVIDU DENGAN AUTISME

SLOT MEGADRAMA ASTRO RIA KETENGAHKAN ISU PENCERAIAN DALAM SIRI DRAMA 'CINA BUTA'

KEMPEN "MARI BER-CAROUSELL" GALAK AKTIVITI “DECLUTTERING”

GANJARAN RAKSASA WATSONS CLUB KEMBALI DENGAN LEBIH MERIAH, MEMBERI PELUANG KEPADA AHLI UNTUK MEMENANGI SEBUAH RUMAH