SURIA KLCC BUKA TIRAI KLFW 2026 BERSAMA RR BY RIZMAN RUZAINI


Pentas fesyen tanah air dimeriahkan kembali apabila Suria KLCC membuka tirai Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2026 dengan pertunjukan pembukaan rasmi yang penuh gaya. Pada 3 Ogos lalu, jenama tersohor RR by Rizman Ruzaini tampil sebagai peneraju acara dengan mempersembahkan koleksi Cruise 2026 bertajuk RR Vol 4: Heritage in Motion, sekali gus melancarkan edisi ke-14 KLFW yang bertema Destination: Home Ground.


Heritage in Motion: Nostalgia Jalanan Malaysia

Koleksi ini mengangkat inspirasi daripada suasana nostalgia mobiliti silam Malaysia – beca, basikal dan pengangkutan lama – yang diterjemahkan semula dalam siluet kontemporari penuh sofistikasi. Pentas pertunjukan direka dengan tema warisan monokrom, diinspirasikan daripada motif batik arkib Yayasan Sabah, dengan struktur berbentuk ‘hourglass’ serba putih yang memberi sentuhan dramatik.

Lebih 500 tetamu termasuk pemain industri, media dan pencinta fesyen memenuhi dewan pertunjukan di Esplanade, Taman KLCC, sementara ribuan pengunjung lain menyaksikan siaran langsung melalui skrin LED besar di seluruh Suria KLCC.

Ruzaini bersama pengasas KLFW, Andrew Tan; Ketua Pegawai Kewangan Suria KLCC, Penny Chua; Datuk Mohd. Salem Kailany; Francis Tan; Pengurus Besar Suria KLCC, Ameer Thajudeen; serta Rizman hadir memeriahkan pertunjukan pembukaan Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2026.

Malam pembukaan Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2026 turut diserikan dengan kehadiran tokoh-tokoh utama industri, antaranya Datuk Sr Mohd. Salem Kailany selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KLCC (Holdings) Sdn Bhd, Francis Tan sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, serta Andrew Tan, pengasas KLFW. Kehadiran mereka mencerminkan betapa signifikan dan bermaknanya pemilihan RR by Rizman Ruzaini sebagai peneraju pertunjukan pembukaan tahun ini.

Pemilihan tersebut dianggap simbolik kerana ia menegaskan kedudukan Rizman dan Ruzaini sebagai duo pereka fesyen yang telah mengukir nama selama hampir dua dekad dalam industri fesyen Malaysia. Dengan pengalaman dan reputasi yang kukuh, mereka dilihat sebagai pilihan tepat untuk menetapkan nada dan standard bagi edisi ke-14 KLFW, sekali gus mengangkat jenama tempatan ke pentas yang setanding dengan fesyen antarabangsa.













Suria KLCC & RR: Kerjasama Bermakna

Francis Tan menegaskan, “Rizman Ruzaini melambangkan kisah kejayaan membanggakan fesyen Malaysia. Heritage in Motion menepati semangat Destination: Home Ground – mengangkat sesuatu yang benar-benar Malaysia dan memberikannya pentas setanding dunia.”

Bagi Rizman dan Ruzaini, peluang membuka KLFW adalah pengiktirafan besar, lebih-lebih lagi selepas kejayaan membuka butik pertama RR di Suria KLCC pada 2025. “Memiliki ruang di Suria KLCC bermakna jenama anda dipercayai. Itu adalah kepercayaan yang amat penting,” kata Rizman.
KLFW 2026: Destination Home Ground

Edisi ke-14 KLFW berlangsung dari 3 hingga 9 Ogos 2026, menampilkan lebih 50 pereka fesyen dan jenama tanah air. Dengan sokongan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebagai Rakan Strategik Industri Utama sempena Malaysia Tahun Melawat 2026, kalendar fesyen tahun ini turut merangkumi kolaborasi merentas industri, paparan gaya oleh pelajar fesyen di Isetan KLCC, serta gerai pop-up Jom Malaysia.

Francis Tan menambah, “Meletakkan jenama tersohor tanah air seperti Rizman Ruzaini setanding jenama antarabangsa membuktikan reka bentuk Malaysia benar-benar bertaraf dunia. Malam pembukaan ini adalah bukti nyata kepada aspirasi tersebut.”

Untuk maklumat lanjut, layari www.suriaklcc.com.my atau facebook.com/SuriaKLCCMall


Comments

Popular posts from this blog

NESTLÉ OMEGA PLUS BAWAKAN ACARA JALAN KAKI DALAM FORMAT MAYA