UVACO RASMI MEMASUKI MALAYSIA SEBAGAI PASARAN UTAMA DALAM PERLUASAN GLOBAL


Syarikat kesejahteraan Taiwan yang berasaskan bioteknologi, UVACO, hari ini secara rasmi melancarkan operasinya di Malaysia dengan pembukaan pejabatnya di Bangsar South, sekali gus menandakan Malaysia sebagai pasaran luar negara utama dan pintu masuk strategik bagi perluasan seterusnya di Asia Tenggara. Beroperasi melalui model jualan langsung, UVACO menggabungkan kepakaran penyelidikan dan pembuatan bioteknologi Grape King Bio dengan rangkaian produk awal yang merangkumi suplemen kesihatan, nutrisi harian dan keperluan asas kesejahteraan. Sebagai salah sebuah syarikat bioteknologi terkemuka di Taiwan, Grape King Bio mempunyai pengalaman lebih 50 tahun dalam penyelidikan, pembangunan produk dan pembuatan, sekali gus menjadi asas kukuh bagi perluasan UVACO ke pasaran antarabangsa. Pelancaran ini mencerminkan keyakinan UVACO terhadap potensi pasaran kesejahteraan Malaysia yang semakin berkembang serta peranannya sebagai hab serantau.

Malaysia dipilih atas kedudukan strategiknya, ekonomi yang dinamik, serta minat pengguna yang semakin meningkat terhadap penjagaan kesihatan secara preventif dan kesejahteraan. Menurut kajian Pasaran Suplemen Malaysia 2026 oleh Vodus Research, 55% responden menyatakan imuniti sebagai sebab utama mereka mengambil suplemen, manakala 43% pula untuk memberi sokongan kepada tenaga dan vitaliti harian. Gabungan faktor-faktor ini menyediakan persekitaran yang sesuai untuk UVACO memperkenalkan pendekatan kesejahteraan berasaskan bioteknologi, sekali gus meletakkan asas kukuh untuk pertumbuhan globalnya.

Grace Tseng, Ketua Pegawai Eksekutif UVACO Global

“Hari ini menandakan pencapaian penting dalam perkembangan UVACO di Malaysia, dan permulaan babak baharu bagi kami,” kata Grace Tseng, Ketua Pegawai Eksekutif UVACO Global. “Di UVACO, kami percaya setiap individu berhak menikmati kehidupan yang sihat dan seimbang. Malaysia merupakan pasaran pertama di luar Taiwan bagi kami membawa kepercayaan ini, disokong oleh kekuatan penyelidikan dan pembuatan kumpulan induk kami yang telah dibina selama beberapa dekad. Kami menantikan pertumbuhan yang mampan di sini, serta usaha untuk membina UVACO sebagai jenama yang menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian keluarga Malaysia.

Marco Chen, Pengurus Besar UVACO Malaysia

“Sebagai pasukan tempatan, kami akan bekerjasama rapat dengan pihak kerajaan, persatuan industri dan rakan kongsi di seluruh Malaysia untuk membina platform perniagaan yang berteraskan pasaran tempatan serta berpandangan global. Kami juga akan terus memperkukuh perkhidmatan ahli, latihan dan sokongan perniagaan, serta menyokong setiap rakan kongsi dalam usaha mereka untuk berkembang, bagi membina kehadiran yang kukuh, dipercayai dan berkekalan dalam pasaran ini.” kata Marco Chen, Pengurus Besar UVACO Malaysia.

Majlis pelancaran rasmi ini dihadiri oleh wakil-wakil daripada Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei (TECO), Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA), rakan kongsi perniagaan serta tetamu jemputan, mencerminkan hubungan ekonomi yang erat antara Malaysia dan Taiwan sambil meraikan kemasukan rasmi UVACO ke pasaran Malaysia.

"Pelancaran UVACO di Malaysia mencerminkan keyakinan perniagaan Taiwan yang semakin meningkat terhadap Malaysia sebagai pasaran strategik untuk perluasan serantau. Selaras dengan hubungan ekonomi dan masyarakat Taiwan-Malaysia yang terus mengukuh, kami mengalu-alukan inisiatif yang membawa masuk inovasi dan kepakaran bioteknologi Taiwan, di samping memperkukuh kerjasama antara kedua-dua ekonomi," kata Mr. James Buu, Wakil Timbalan, Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia.

Dengan Malaysia sebagai landasan pelancaran bagi aspirasi globalnya, UVACO menyasarkan untuk memperkukuh kerjasama yang lebih erat dengan rakan kongsi tempatan, sambil memperluas inisiatif pendidikan, penglibatan komuniti, serta akses kepada penyelesaian kesejahteraan berasaskan bioteknologi di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut mengenai UVACO, layari https://www.uvaco.com.my/ atau ikuti UVACO Malaysia di Facebook dan Instagram.

Comments

Popular posts from this blog

IKEA MALAYSIA SOKONG PEMBELAJARAN AWAL UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN

KARL SHAFEK KEMBALI KE PENTAS TEATER DENGAN TOMYAM BERDARAH