"GRILLED TO PERFECTION" @ TONY ROMA'S


Tony Roma's memperkenalkan menu baru ‘Grilled to Perfection’ yang pasti menambat hati dan selera para penggemar daging. Original Beef Back Ribs & Steakhouse Combo menampilkan dua ketul Original Beef Back Ribs dan sekeping steak bahagian Sirloin 200 gm yang dihidangkan dengan tiga pilihan mentega iaitu chive butter, Worcestershire butter atau bleu cheese butter dengan harga RM93.90*.


Ia turut disajikan dengan kentang lenyek dan sayuran. Menu ‘Grilled to Perfection’ juga membawakan pembuka selera yang hebat, Grilled Veggie Crostinis yang diperbuat daripada roti ciabatta bakar, lepa keju feta, sayuran bakar dan daun selasih dengan harga RM19.90*.


Kepada penggemar pasta pula, Grilled Shrimp Primavera, diperbuat daripada pasta angel hair bersama udang bakar, bayam, tomato, cendawan dan keju feta dalam sos chive butter yang berkrim untuk RM44.90*.

Untuk melengkapkan hidangan, minuman eksklusif Toni Roma's, Romarita pasti menyegarkan. Terdapat empat pilihan Romarita iaitu Romarita, Wild Berry Romarita, Strawberry Romarita dan Mango Romarita, berharga RM19.90* setiap satu.

Sebagai pencuci mulut, cubalah TR’s Chocolate Avalanche, kek coklat yang melimpah dengan aiskrim vanila, hot fudge dan serdak Oreo untuk RM 17.90*. 

Menu Tony Roma ‘Grilled to Perfection’ boleh didapati setiap hari mulai 18 September 2017 sehingga 5 November 2017. Tawaran ini tidak sah untuk promosi lain, diskaun, baucer dan tawaran. *Harga termasuk 6% GST dan belum termasuk 10% caj servis.

 Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tonyromas.com.my

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

SEBARKAN KASIH SAYANG DAN KEBAIKAN DENGAN VOLUNTOURISM