NEFFOS LANCAR 4 TELEFON PINTAR MAMPU MILIK



Baru-baru ini dalam majlis Summer Launch 2018, Neffos telah memperkenalkan empat model telefon pintar dengan harga mampu-milik dari harga serendah RM359 untuk pasaran Malaysia.

Keempat-empat model baru ini ialah Neffos C7A, Neffos C9A, Neffos C9, dan Neffos X9, masing-masing dikuasai oleh sistem operasi Android Oreo yang terkini. Semua model dilengkapi sistem pengecaman wajah (AI Face Unlock) untuk membuka kunci skrin kecuali Neffos C7A.

 

Neffos X9 (3GB +32GB) RM599, Neffos X9 (4GB + 64GB) RM799

Neffos X9 adalah model paling premium di antara empat model yang dilancarkan. Ia menampilkan paparan FullView bersaiz 5.99 inci dengan resolusi HD+ 1440×720 dan nisbah 18:9. Neffos 9 bukan sahaja ringan, hanya 168g tetapi ia juga mempunyai profil yang nipis, berukuran hanya 7.95mm

Ia dilengkapi CPU empat teras MediaTek MTK6750. Pengguna boleh memilih untuk mendapatkan versi memori dan storan RAM 3GB, 32GB ataupun RAM 4GB, 64GB.

Dari segi sistem operasi pula, telefon ini dilengkapi dengan sistem operasi Android 8.1 Oreo. Storan pula boleh dipertingkatkan sehingga 128GB dengan menggunakan kad microSD.

Sistem dwi-kamera 13MP + 5MP f/2.0 di bahagian belakang yang juga mempunyai sistem pemfokusan auto (Phase Detect Autofocus/ PDAF) yang memberikan gambar-gambar yang lebih tajam dan kamera hadapan adalah 8MP. Kuasa bateri adalah setinggi 3060mAH berserta sambungan USB-C dengan pengecasan berkuasa 5V2A.


 

C9 - RM479 dan C9A - RM429

Kedua-dua Neffos C9 dan C9A mempunyai ciri-ciri yang agak sama - MediaTek MTK6739 SoC, 2GB RAM, dan kapasiti storan dalaman 16GB.

Walaupun kedua-dua model ini mempunyai paparan HD FullView HD+ seperti X9, ukuran C9 adalah 5.99-inci, manakala C9A berukuran 5.45-inci.

Neffos C9 mempunyai kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 3840mAh manakala C9A dalah lebih kecil, 3020mAh. Sensor kamera depan C9 adalah 8MP, manakala C9A mempunyai sensor 5MP. Kudua-dua model mempunyai kamera utama 13MP di bahagian belakang telefon.

 

NEFFOS C7A - RM359

Neffos C7A adalah telefon pintar untuk kegunaan asas dengan harga amat rendah. Telefon ini dilengkapi cip MediaTek MT6737 SoC, 2GB RAM, 16GB storan dalaman, dan bateri berkuasa 2330mAh. Neffos C7A menampilkan kamera utama 8MP dan kamera depan dengan sensor 5MP.

C7A didatangkan dengan paparan HD 5-inci tetapi bukan FullView. Ia adalah ringan, hanya 138g. Perisian menggunakan Android 8.1 Oreo OS dan Neffos NFUI 8.1.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.neffos.com.my

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA