KAD NETFLIX KINI DI PASARAN MALAYSIA


Kad prabayar Netflix kini boleh didapati di semua rangkaian kedai 7-Eleven di seluruh negara, memberikan rakyat Malaysia satu lagi kaedah untuk membayar yuran keahlian Netflix atau dihadiahkan kepada orang yang tersayang, tanpa memerlukan kad kredit atau debit.

Penjualan kad hadiah Netflix akan dibuat secara berperingkat di semua rangkaian kedai 7-Eleven di Malaysia dan boleh didapati dengan nilai RM50 atau RM100.

Kad hadiah berkenaan boleh ditebus di netflix.com/redeem sama ada untuk tujuan pendaftaran akaun baharu atau dikreditkan ke dalam akaun sedia ada bagi membayar sebarang plan perkhidmatan.

Pengguna boleh menggunakan seberapa banyak kad hadiah yang diperlukan untuk satu akaun, dan ahli boleh menyemak jumlah baki di laman akaun masing-masing.

Ahli cuma perlu membeli kad hadiah yang baru atau membuat pembayaran menggunakan kaedah lain untuk terus menonton setelah baki kad berkenaan habis digunakan.

Melalui cara itu mereka boleh terus menikmati semua filem, siri TV dan dokumentari kegemaran mereka serta rancangan yang hanya ditayangkan di Netlflix seperti persembahan komedi Harith Iskander yang bertajuk “I Told You So”; Boss Baby: Back In Business; The Kissing Booth; A Korean Odyssey; Lost In Space; dan Sacred Games.

“Pengenalan kad hadiah di Malaysia dibuat untuk mengutamakan kepentingan pengguna. Netflix menawarkan pilihan rancangan yang hebat, untuk semua peringkat umur, budaya, perasaan serta mood, pada harga yang berpatutan. Kami memberikan kebebasan kepada ahli untuk memilih apa yang mereka ingin tonton, bila dan bagaimana mereka mahu menontonnya, sama ada menggunakan telefon mudah alih, komputer, konsol permainan video, peti set-top atau TV pintar yang dilengkapi dengan aplikasi Netflix. Kami memberikan pengguna pilihan serta kawalan dengan menyediakan satu lagi kaedah baharu untuk mereka membayar yuran keahlian selain menggunakan kad kredit dan debit,” kata Leigh Wong, Ketua Komunikasi Korporat Netflix di Asia Tenggara.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Kad Hadiah Netflix di Malaysia, sila kunjungi: help.netflix.com/support/32950.

Comments

Popular Posts