NATURE’S HEART PERKENAL 3 PRODUK BERKHASIAT


Nature’s Heart, jenama yang boleh didapati di Guardian, komited untuk menawarkan makanan dan minuman yang lebih sihat dengan kualiti, rasa dan nilai yang luar biasa telah memperkenalkan produk Multi Grains, Fruits & Vegetables Drink Mix, Milled Flax Seeds serta Chia Seeds.

Nature’s Heart Multi Grains, Fruits & Vegetables Drink Mix adalah makanan bebas kolesterol dan minyak trans, tidak mengandungi bahan pengawet, tinggi serat serta berasaskan oat beta-glucan. Beta-glucan ialah sejenis serat boleh larut yang membantu mengurangkan tahap kolesterol dan menstabilkan kandungan gula dalam darah. Nature’s heart Multi Grains, Fruits & Vegetables Drink Mix mengandungi bahan berasaskan kepada 40 tumbuhan yang terdiri daripada pelbagai bijian, kacang & pis, sayur-sayuran hijau, pelbagai jenis buah-buahan dan beri. Nature Heart Multi Grains, Fruits & Vegetables Drink Mix juga diformulasikan denga bran oat Sweden, serat diet jagung, rumput gandum, spirulina dan ekstrak bunga marigold. Ia boleh dicampur ke dalam air sejuk atau suam. Untuk kepelbagaian, ia juga boleh ditambah ke dalam susu, jus dan smoothies.

Biji chia merupakan superfood yang menyeronokkan kerana ia mengembang dan menjadi gel dalam cecair untuk menambah tekstur dan rasa kenyang. Masukkan Nature’s Heart Chia Seeds ke dalam diet harian dengan mencampurkannya dalam air minuman, atau taburkan di atas smoothies, salad, yoghurt atau bijirin. Produk dari Argentina ini mengandungi Omega-3 berasaskan tumbuh-tumbuhan, tinggi serat dan tidak ditambah dengan sebarang aditif dan bahan pengawet. Ia sesuai untuk golongan vegan.

Nature’s Heart Chia seeds adalah sumber protein, kalsium dan magnesium. Biji Chia secara semula jadinya bebas gluten . Kajian menunjukkan bahawa pengambilan biji chia dapat meningkatkan tahap kesihatan tulang, kulit dan otot, selain menyokong sistem penghadaman dan jantung.

Bagi mereka yang perlu menambah serat, Nature’s Heart Milled Flax Seeds memang sesuai untuk anda. Ianya semula jadi tanpa sebarang aditif, telah dikisar menjadi serbuk untuk mudah diambil, pada masa yang sama mengandungi Omega 3 & 6 berasaskan tumbuh-tumbuhan dan merupakan sumber serat. Tambahkan ke dalam minuman, taburkan di atas smoothies dan salad untuk bekalan serat anda. Produk dari Amerika Syarikat, biji flaks Nature’s Heart mengandungi protein, kalsium, magnesium dan zat besi.

Pengarah Kesihatan & Kecantikan Jenama Sendiri Guardian, Alfonso Roderos berkata, “Nature’s Heart’s mahu menjadikan amalan menikmati snek lebih berkhasiat, sedap, mempunyai banyak kebaikan dan perubahan yang positif. Berdasarkan kepada dapatan kajian Kementerian Kesihatan, tahap kesihatan rakyat Malaysia sekarang membuatkan kami mahu mencari satu alternatif lebih sihat yang dapat menambah kebaikan ke dalam diet harian mereka. Pada masa yang sama lebih mudah, mampu milik, versatil dan sedap. Nature’s Heart ada semua ini.”

“Nature’s Heart’s Multi Grains, Fruits & Vegetables Drink Mix, Chia Seeds dan Milled Flax Seeds diambil daripada sumber-sumber terpilih dan berkualiti tinggi, demi memastikan pengguna berada di landasan yang betul dari segi kesihatan dan kesejahteraan hidup mereka,” tambahnya.

Harga cadangan untuk Nature’s Heart Multi Grains, Fruits & Vegetables Drink Mix ialah RM42.07. Manakala Milled Flax Seeds dijual pada harga RM22.04 Chia Seeds pula berharga RM47.07. Produk Nature’s Heart hanya boleh didapati di kedai-kedai Guardian dan e-stor Guardian: www.guardian.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI