GUARDIAN LANCAR KEMPEN “FRESH BREATH FOR MALAYSIA”

 (Kedua dari Kiri) Cik Michelle Yeap, Pengurus Kumpulan Produk Kesihatan & Kecantikan Guardian Malaysia dan (Keempat dari Kiri) Datuk Raja Aznil Raja Hisham, Naib Presiden Kanan Pemerkasaan Industri Limkokwing University, mengetuai sorokan “Fresh Breath for Malaysia”

Letakkan tangan anda di atas hidung dan mulut, lepaskan nafas dan hidu. Adakah anda terhidu bau nafas yang busuk? Anda tidak bersendirian, kerana kaji selidik terkini yang dijalankan oleh para pelajar pergigian Malaysia mendapati bahawa seorang daripada dua orang mengalami masalah nafas berbau.

Angka dari seluruh dunia pula mendedahkan 22 hingga 50 peratus populasi global mengalami masalah nafas berbau pada tahap sederhana. Nafas berbau boleh memberi kesan dari segi sosial dan psikologikal ke atas mereka yang menghadapinya, ini termasuklah kurang keyakinan diri serta berasa rendah diri dan, masalah ini wajar diambil serius.

Kebanyakan daripada kita malu bercakap tentang masalah nafas berbau, sebaliknya memilih untuk mengasingkan diri daripada orang lain atau menjauhkan diri daripada mereka yang mempunyai nafas berbau.

Oleh sebab itu, Guardian Malaysia yang merupakan, rangkaian peruncitan produk kesihatan, kecantikan dan penjagaan peribadi di Malaysia dengan lebih 400 kedai di seluruh negara kini bekerjasama dengan Limkokwing University of Creative Technology untuk menjalankan kempen kreatif pemerkasaan belia, “Fresh Breath for Malaysia” sempena memperkenalkan rangkaian pembersih mulut Guardian yang baru.

Kempen itu bertujuan memperkasakan para pelajar Limkokwing untuk menginterpretasikan tema Fresh Breath for Malaysia dengan cara paling kreatif yang menyerlahkan aura positif kepada masyarakat.

Pada masa yang sama menggalakkan aspek kebersihan oral menerusi ekspresi visual dan multimedia. Hadiah wang tunai berjumlah RM14,000 akan diberikan kepada sepuluh orang pelajar melalui dua kategori.

Untuk memulakan kempen ini, lebih 200 orang pelajar Limkokwing University mendengar taklimat tentang Guardian Malaysia, rangkaian produk pembersih mulut Fresh Mouth 6 Action dan cabaran penjagaan oral di Malaysia daripada wakil Guardian Malaysia, sekali gus memberikan mereka pengalaman industri yang berguna.

Mereka perlu menghantar penyertaan sebelum 13 September 2018. Finalis yang disenarai pendek perlu menyatakan rasional tentang hasil kerja mereka dalam lebih kurang 500 patah perkataan sebelum undian dalam talian bermula dan para pemenang akan dipilih.

Guardian Fresh Mouth 6 Actions Mouth Wash mengurangkan plak pada gigi, menghalang pembentukan kaviti, menguatkan gigi, menyegarkan nafas, menjadikan gusi lebih sihat, memulihara mineral pada enamel dan membunuh 99.9% kuman.

Terdapat tiga varian iaitu Cool Mint, Peppermint dan Tea Leaf. Jika digunakan sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan oral yang lengkap merangkumi memberus gigi dua kali sehari, flossing dan diet yang bagus, pembersih mulut akan memberi manfaat tambahan dari segi mengurangkan nafas berbau dan kaviti.

Pengurus Kumpulan Produk Kesihatan & Kecantikan Guardian Malaysia, Michelle Yeap menyampaikan taklimat kepada pelajar mengenai syarikat, produk dan tema Fresh Breath for Malaysia.

“Kami menganjurkan kempen ini dengan kerjasama Limkokwing dalam usaha memperkasakan golongan belia untuk menyampaikan perspektif mereka ke atas isu yang berlaku dalam dunia sebenar. Kami harap para pelajar akan menggunakan platform ini untuk mula berbincang tentang penjagaan oral, terutamanya masalah berkaitan nafas berbau. Seterusnya menawarkan idea yang kreatif dan positif tentang bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang memberi kesan kepada hampir 50% populasi di dunia. Kami yakin mereka mempunyai kebolehan untuk menjayakan kempen Fresh Breath for Malaysia dan memperkenalkan rangkaian produk pembersih mulut Guardian Fresh Mouth 6 Actions,” kata seorang alumni Limkokwing, Cik Yeap.

Naib Presiden Kanan Pemerkasaan Industri Limkokwing University, Datuk Raja Aznil Raja Hisham menyatakan bahawa pemilihan universiti dan para pelajarnya memang sesuai untuk memberikan perspektif berbeza ke atas kempen Fresh Breath for Malaysia.

“Kampus kami di Cyberjaya mempunyai pelajar yang datang dari 160 buah negara. Persekitaran kampus yang mempunyai pelbagai budaya memberi kelebihan terhadap pemikiran global dan perlaksanaan hasil kerja yang kreatif. Melalui kempen yang menarik ini, pelajar kami dapat memahami tingkah laku sebagai rakyat Malaysia atau rakyat negara masing-masing ataupun boleh melihat dari segi perspektif budaya dan amalan yang berbeza. Apa yang pelajar kami perolehi melalui kerjasama kempen dengan Guardian Malaysia adalah pendedahan kepada industri yang boleh membantu dalam kerjaya mereka pada masa depan,” jelas Datuk Raja Azil.

Universiti LimKokWing merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang mempunyai pelbagai budaya, menawarkan pendedahan industri kepada para pelajar melalui rangkaian hubungan profesional di mana ianya memberikan kelebihan untuk berjaya diperingkat antarabangsa.

Penyertaan yang disenarai pendek akan dimuat naik ke laman Facebook Guardian Malaysia dan Limkokwing bagi tujuan undian secara dalam talian pada lewat September 2018.


Rangkaian Guardian Fresh Mouth 6 Actions Mouth Wash boleh didapati di semua cawangan Guardian di seluruh negara dan e–stor Guardian di www.guardian.com.my dalam tiga varian iaitu Cool Mint, Peppermint dan Tea Leaf dengan botol 250ml pada harga RM9.33, 750ml berharga RM16.88 atau pek 2 botol 750ml pada harga RM24.43.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI