LAGU BARU "LAKAR JANJI" CABAR KEMATANGAN VOKAL AZHARINA



Single terbaharu penyanyi Azharina Azhar telah diperdengarkan di sebuah majlis pelancaran media yang diadakan di restoren Narenj di Sunway Putra Mall. Lagu berjudul Lakar Janji adalah ciptaan sepenuhnya oleh Dr. Irma Shida di bawah label Dr. Irma Entertainment dengan kerjasama Azharina Entertainment.

Dalam majlis yang sama, Azharina telah mempertontonkan video muzik lagu baharu itu yang turut diterbitkan oleh Dr. Irma Entertainment dengan kerjasama Azharina Entertainment dan dibantu oleh Leroy Crew Productions.

Menurut komposer lagu, Dr. Irma, kekuatan vokal Azharina dalam penyampaian lagu-lagu berentak balada merupakan antara faktor utama Azharina dipilih untuk menyanyikan lagu ciptaannya. Gandingan sentuhan magis Dr. Irma dan kemantapan vokal Azharina diharap dapat menjadikan lagu ini sebuah naskah hit yang dinantikan selepas ‘Rawan’ dan ‘Elegi Sepi’.

Azharina mengakui melodi lagu Lakar Janji amat mencabar kemantapan vokalnya di samping lirik yang memerlukannya untuk menjiwai setiap bait lirik bagi memastikan penyampaiannya menyentuh perasaan pendengar-pendengar.

Tambah Azharina lagi, Lakar Janji adalah hadiah khas buat peminat-peminatnya sebagai meraikan kehadiran Azharina di dalam industri seni yang menjangkau dua dekad.

Bermula pada 1 November 2018 ini Lakar Janji akan mula diputarkan menerusi corong stesen-stesen radio tempatan serta boleh distrim dan dimuatturun menerusi platform digital seperti iTunes, Spotify, Apple Music dan lain-lain. Di samping boleh dijadikan nada dering peribadi.

Comments

  1. Dok ulang-ulamg dengar lagu ni. Sedap tau. Suara Azharina memang power

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING