SINOPSIS "MISI PENCULIKAN CINTA" DI CEREKARAMA TV3



Drama terakhir istimewa AJL 33 yang bakal berlangsung pada 3 Februari ini, mengisahkan mengenai Cinta Farhani seorang penyanyi muda yang popular cuba melarikan diri daripada kehidupan penuh glamor sebagai artis. Cinta mempunyai pengurus bernama Mika yang terlalu mengongkongnya. Mika diupah oleh mama Cinta, Datin Julia untuk menjaga dan mengawal pergerakan Cinta. 

Cinta merasa begitu tertekan dan bosan dengan kehidupannya. Dia mahu lari dan bebas. Ketika mahu menjalani penggambaran video klip di Langkawi, Cinta berjaya melarikan diri daripada Mika dengan bantuan Lili. Lili merupakan peminat setia Cinta dan kerana terlalu meminati Cinta, Lili bersetuju untuk menculik Cinta. Lili juga telah memaksa abangnya Riki untuk menyembunyikan Cinta. Adakah Cinta dapat merasai kehidupan bebas yang dicarinya?

Pelakon: Sissy Iman, Niezam Zaidi, Sweet Qismina, Alif Hadi, Nur Aliah Lee

Saksikan Misi Penculikan Cinta di Slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu, 2 Februari, jam 9.00 malam

Comments

Popular posts from this blog

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

“RONA BOSPHORUS”, DRAMA ADAPTASI PERTAMA BUKA TIRAI DI RTM TAHUN 2025

'DEATH WHISPERER' FILEM IMAX YANG PERTAMA DARI THAILAND BAKAL MENGHANTUI PAWAGAM MALAYSIA MULAI 4 JANUARI 2024