ANLENE CAFÉ LATTE SUSU BERKHASIAT DENGAN KOPI SEBENAR



Jenama tenusu, Anlene, baru-baru ini telah mengumumkan keluaran produk tenusu inovatif terbaru iaitu Anlene Café Latte, susu tepung untuk orang dewasa yang untuk pertama kalinya, menggabungkan khasiat tenusu dengan kopi sebenar dalam stik pek.

Pengurus Pemasaran, Claire Khoo, berkata “Anlene Café Latte merupakan susu dengan lebih “uumph” and bukan sekadar susu dengan perisa kopi. Ianya mengandungi Kalsium tinggi, Kolagen, Protein, Vitamin dan Mineral yang penting untuk memenuhi keperluan pengguna Malaysia, terutamanya golongan muda yang menjalani kehidupan harian yang sibuk”. Sambungnya, “Ini termasuk keinginan untuk kemudahan dalam minuman yang boleh disediakan di mana-mana sahaja, di samping menginginkan pilihan minuman yang lebih sihat dan berkhasiat, dengan rasa kopi yang enak dengan harga yang berpatutan dan membolehkan mereka rasa bertenaga.”

“Formulasi Anlene Café Latte mengandungi nutrien-nutrien penting dan merupakan pilihan bijak untuk golongan yang ingin melakukan terbaik setiap hari. Ianya diperkaya dengan susu berkhasiat dengan kopi sebenar dalam stik pek mudah guna, yang kurang gula* dan rendah lemak,” kata Megawati Suzari, Pengarah Bahagian Pembangunan Produk Baharu, Sains dan Dasar Kawal Selia, Fonterra Brands Malaysia. “Anlene menggalakkan kehidupan sihat dengan mengutamakan kepentingan pergerakan, fungsi tulang, sendi dan otot, serta pentingnya menjalani kehidupan yang aktif untuk menyokong badan yang sihat.”


Anlene Café Latte boleh didapati di seluruh pasaran dengan harga pek percubaan (7stik x 31 gram) hanya di RM 9.90. Untuk tempoh promosi terhad, dengan sebarang pembelian produk Anlene bernilai RM 30 ke atas termasuk sekurang-kurangnya satu pek Anlene Café Latte, anda layak untuk mendapatkan Cawan kaca Anlene Edisi Terhad secara percuma. 

Anlene juga sedang menawarkan 100,000 set Anlene Café Latte dengan Biskut Oat Julie’s untuk harga RM 1 di stesen LRT utama dari bulan Mac hingga April untuk membantu warga Malaysia memulakan hari mereka dengan sarapan yang berkhasiat.

Tunggu apa lagi? Miliki satu hari ini!

*54% kurang gula daripada Anlene Choc UHT per 100 ml


Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

ASTRO ORIGINALS ‘PROJECT; EXIT’ MENGUPAS ISU KESIHATAN MENTAL & KONFLIK KELUARGA MENERUSI KISAH PERSAHABATAN YANG PENUH EMOSI

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

IQIYI SAJIKAN DRAMA BERSIRI ‘SATU HARI NANTI’ GANDINGAN BELLA ASTILLAH, EZAIDI AZIZ & EYKA FARHANA