KEMPEN "BRAIDS OF STRENGTH' GALAKKAN WANITA AKTIF BERSUKAN



Tahukah anda bahawa statistik global menunjukkan bahawa kaum wanita berhenti bersukan dua kali lebih banyak daripada lelaki? Di Malaysia, kadar penyertaan wanita dalam sukan juga adalah lebih rendah berbanding kaum lelaki. Menurut data yang dikongsikan oleh Majlis Sukan Negara, pada tahun 2018 terdapat hanya 1,844 atlet wanita berbanding 2,483 atlet lelaki yang menyertai mana-mana bidang sukan. 

Menyedari kepentingan dalam memperkayakan kaum wanita untuk kekal aktif bersukan, Pantene dengan bangganya memperkenalkan Braids of Strength. Ini merupakan fasa ketiga bagi kempen #WANITABESI yang bertujuan untuk menggalakkan jati diri dan meningkatkan keyakinan setiap wanita untuk mencapai impian mereka. Kempen ini bertujuan memberi platform untuk wanita meniup semangat dan memberi inspirasi supaya mereka kekal bersukan dan diperlengkapkan dengan padanan dandanan rambut yang sesuai, sekaligus memberikan keyakinan dan keselesaan ketika melakukan aktiviti sukan. Kempen ini telah diumumkan bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang diraikan pada peringkat global. 

Berdasarkan data Majlis Sukan Negara, gaya hidup aktif merupakan kunci kepada kejayaan generasi wanita Malaysia akan datang dan menyedari hal ini, Pantene telah mengupas isu ini dengan lebih lanjut melalui satu kajian dan kempen ini diadakan bagi mendalami kaitan antara wanita dan sukan di Malaysia. Berikut merupakan keputusan kajian: 
  • 52% responden percaya bahawa bersukan membuatkan seseorang wanita kelihatan kurang feminin. Ini menunjukkan penampilan diri adalah penghalang bagi wanita untuk kekal bersukan. 
  • Walaubagaimanapun, 80% responden mengakui gadis-gadis yang bersukan akan membesar menjadi wanita yang kuat dan berkeyakinan tinggi. 
  • Lebih 86% pengundi bersetuju wanita layak diberikan peluang yang sama untuk menjadi atlet professional. 
  • Malahan, 83% responden yakin bahawa atlet wanita mampu menjadi antara orang pertama yang akan membawa pulang pingat emas untuk Malaysia pada Temasya Olimpik yang akan datang. 
Menerusi kajian ini, Pantene juga mendapati wanita tidak kekal bersukan kerana kurang selesa dengan penampilan diri selepas setiap aktiviti. Rambut yang kusut ditambah dengan peluh yang melekit, membuatkan mereka berasa rendah diri dengan pandangan orang ramai.Oleh itu Pantene ingin memperkasakan setiap wanita untuk kekal kental dan cantik dengan rambut yang rapi walaupun dengan bersukan. Bak kata pepatah, rambut yang rapi mencerminkan keyakinan diri. 


Anggia Pulungan, Ketua Kategori Penjagaan Rambut, P&G Malaysia berkata, “Di Pantene, kami percaya bahawa kekuatan dalam itu adalah sesuatu yang cantik dan sempurna. Bagi setiap wanita, rambut merupakan mahkota dan menjadi sebahagian dari keyakinan diri. Menerusi Braids of Strength, Pantene ingin menggalakkan lebih ramai wanita untuk mendukung semangat #WANITABESI, kekal mengambil bahagian dalam mana-mana sukan pilihan, meningkatkan jati diri dan menghapuskan keresahan mengenai penampilan diri. Dengan memaparkan dandanan rambut yang ideal, wanita akan tampil menawan dengan yakin. Penggunaan syampu dan kondisioner yang betul juga membantu menyelesaikan masalah rambut berbau, kusut dan keguguran rambut.” 

Pasukan penyelidik dan saintis Pantene telah menghasilkan teknik dandanan yang membantu rambut untuk kekal kuat dan cantik. Gaya unik dandanan ini meningkatkan kekuatan rambut dan mengurangkan geseran dengan memastikan rambut tidak bergeser dengan baju. Ia juga menghalang kekusutan serta mempunyai titik sambungan yang menghalang peluh dari mencapai hujung rambut. Kini tiada lagi kebimbangan mengenai penampilan diri dan wanita boleh terus melakukan aktiviti sukan seberapa lama yang dikehendaki. Rambut yang menawan kini mampu dimiliki dengan penggunaan syampu dan kondisioner yang betul digabungkan dengan dandanan rambut yang sempurna. 

“Sebagai ahli sukan, saya menerima banyak komen negatif serta kritikan. Bidang sukan adalah lebih sukar jika anda seorang wanita, dan ianya memerlukan wanita untuk berusaha dua kali ganda untuk membuktikan anda layak menceburi industri ini. Saya amat berbangga untuk menjadi duta kempen Braids of Strength Pantene dan berkongsi pengalaman dalam menangani isu tanggapan sosial wanita dalam bidang sukan. Tidak sabar rasanya untuk membantu wanita dan kanak-kanak perempuan untuk mengharungi cabaran individu dan professional untuk sentiasa cekal, kekal cantik dan kekal dalam bidang sukan. Inilah masanya untuk menunjukkan kekuatan kita!” ujar Farah Ann Abdul Hadi, duta kempen dan ahli gimnastik negara. 

Selain Farah Ann, Penembak Negara, Suryani Taibi yang ditampilkan melalui video kempen Braids of Strength menambah, “Mendukung sifat kewanitaan melalui sukan kadangkala penuh dengan cabaran tapi penuh dengan ganjaran. Saya mengalaminya sendiri ketika menyertai Olimpik 2012. Pada ketika itu, saya sedang hamil 8 bulan. Saya tetap hadir pada setiap latihan dan mewakili negara. Ia merupakan antara keputusan paling sukar yang dilakukan ketika menjadi ibu di samping bertanding dalam acara sukan berprestij, tapi saya berpegang teguh kepada kita lebih kuat dari apa yang disangkakan. Ia merupakan satu penghargaan untuk menjadi sebahagian dari kempen ini bersama dengan #WANITABESI lain dan menunjukkan bahawa wanita juga mampu berjaya dalam sukan.” 

Bersempena dengan kempen Braids of Strength dan untuk menggalakkan penyertaan sukan dalam kalangan wanita; dengan setiap pembelian produk Pantene di mana-mana cawangan TESCO, GIANT, AEON dan AEON big, melayakkan pelanggan menerima satu reben emas. Reben emas ini membolehkan pelanggan menebus pas percuma 14-hari di mana-mana cawangan Celebrity Fitness/Fitness First di Malaysia. Promosi sah sehingga 31 Mac 2019. 

Untuk maklumat lanjut dan maklumat terkini, layari laman Facebook rasmi Pantene Malaysia www.facebook.com/PanteneMalaysia/.

Video manifesto #WANITABESI boleh ditonton di:


Kisah Farah Ann: 



Kisah Nur Suryani Taibi:

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM