‘KUTTRAM SEIYEL’ SAJIKAN KOMEDI-AKSI DI PAWAGAM 7 MAC



Peminat filem Tamil boleh menonton, Kuttram Seiyel, sebuah fillem komedi-aksi yang ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 7 Mac 2019. Diterbitkan oleh Cini Shatriya Sdn Bhd dan Astro Vaanavil, Kuttram Seiyel memberi pendedahan terhadap gengsterisme di kalangan kaum India, Malaysia.

Filem Kuttram Seiyel meneroka plot pemikiran yang memberi fokus kepada punca dan kesan gengsterisme dalam masyarakat setempat. Kuttram Seiyel memaparkan seorang lelaki biasa yang dipengaruhi oleh masyarakat serta persekitarannya, dan akhirnya terjemurus menjadi seorang ketua kumpulan gangster. 

Plot filem ini juga bermula apabila dua kumpulan pelajar kolej yang menjalankan projek penyelidikan mengenai kriminologi dan psikologi yang berkaitan dengan gangsterisme. Penceritaan filem ini bertukar menarik apabila kedua-dua kumpulan bertegas untuk menyelesaikan tugasan mereka. 

Kuttram Seiyel menampilkan pelakon antarabangsa termasuklah Bose Venkat (drama Metti Oli), Vijith (Kalaka Povathu Yaaru) bersama bakat tempatan Dr. S. Selvamuthu (penerbit) dan Sam (pelawak). Turut diarahkan oleh A. Venkatesh dan Bharathirajaa, Kuttram Seiyel juga mengetengahkan seorang pengarah muzik baharu, Arvin Raj, yang membuat susunan lagu bagi skor latar belakang dan tiga buah lagu filem ini termasuklah Annanukku Porandha Day, yang dinyanyikan oleh Gana Bala, penyanyi terkenal di India Selatan. Ketiga-tiga lagu dari filem Kuttram Seiyel boleh didapati di YouTube. 

Pengambaran filem Kuttram Seiyel dilakukan di Malaysia, dengan mengambil masa selama 60 hari oleh kru penerbitan professional terdiri daripada kedua-dua negara, Malaysia dan India.


Comments

Popular Posts