HONOR 20 LITE KINI TIBA DI MALAYSIA DENGAN HARGA RM949

(Dari Kiri: Nga Shu Xian, HONOR Malaysia Youth Ambassador, Singer/Songwriter As'ad Motawh, HONOR 20 Lite Representative, Calvin Teng, Category Manager, Shopee, Zhao Zhiwei, Head of HONOR Malaysia)

Telefon pintar HONOR yang ditunggu-tunggu, HONOR 20 Lite kini tiba di Malaysia! HONOR 20 Lite menampilkan lensa sudut lebar (wide-angle), tiga kamera belakang, dan kamera swafoto 32MP yang canggih untuk berkomunikasi dan mengekspesikan diri melalui foto dan video.

Sempena pelancaran HONOR 20 Lite, HONOR bekerjasama dengan platform membeli belah digital untuk promosi Super Brand Day yang berlangsung dari 22 April sehingga 26 April 2019. Terdapat pelbagai tawaran menanti pembeli dan penggemar HONOR dengan setiap pembelian produk HONOR. Telefon pintar HONOR 20 Lite boleh didapati secara eksklusif di Shopee dan laman web rasmi HONOR, hihonor.com/my mulai 24 April 2019.

HONOR 20 Lite 4GB RAM + 128 GB ROM boleh didapati dengan harga RM949 sahaja. 500 pembeli pertama HONOR 20 Lite melalui Shopee bakal menerima sebuah beg jerut berjenama dan Shopee Coins bernilai RM30, manakala 1,000 pembeli seterusnya akan menerima kotak hadiah HONOR dan Shopee Coins bernilai RM30. Pada masa yang sama, 50 pembeli pertama di  hihonor.com/my akan menerima kotak hadiah HONOR setiap satu. 

HONOR 20 Lite juga boleh didapati di kedai HONOR di seluruh negara mulai  26 April 2019. 

HONOR 20 Lite  boleh didapati dalam dua pilihan warna - Phantom Blue & Phantom Red

Ikuti perkembangan terbaru Honor di
https://www.facebook.com/HonorMY
https://twitter.com/HonorMalaysia
https://www.instagram.com/honormalaysia/
https://www.youtube.com/user/honormalaysia

Comments

Popular Posts