PROMOSI "LET'S GO NATURAL" DI GUARDIAN MALAYSIA



Guardian Malaysia sedang rancak mengadakan promosi ‘LET’S GO NATURAL’ sepanjang bulan April di semua cawangannya di seluruh negara. Para pelanggan boleh mendapatkan tawaran dan pemjimatan sehingga 50% untuk produk penjagaan kulit, kosmetik, penjagaan rambut, penjagaan mulut, mandian dan produk kesihatan yang mengandungi ramuan yang mesra alam semulajadi. 




Sempena kempen ‘Let’s Go Natural’ di kedai-kedai Guardian, sebuah ekspo telah dianjurkan oleh Guardian untuk para jemputan dan wakil media. Ekspo ‘Let’s Go Natural’ ini menampilkan 20 jenama yang menggunakan ramuan alam semulajadi. 




Pengarah Pemasaran, Kesihatan & Kecantikan, Asia Tenggara Guardian, DY Cho berkata, "Teras falsafah jenama Guardian adalah konsep Healthy Beauty. kepada pelanggan kami, Kesihatan dan Kecantikan adalah saling berkait. Kecantikan terserlah dari luar dan dalam tubuh dan kuncinya adalah tubuh yang sihat. Jika dalaman anda sihat, maka dengan secara langsungnya luaran anda juga akan menjadi cantik."




Beliau menambah bahawa unsur NATURAL atau semulajadi adalah satu komponen yang utama bagi kecantikan dan kesihatan. 

"Produk yang mengandungi ramuan semulajadi semakin mendapat sambutan dan saya berbangga kerana kami menawarkan beraneka jenama dengan ramuan semulajadi yang esklusif di Guardian. Kamikomited untuk membawakan jenama yang diidamkan oleh pelanggan kami yang menjadi ikutan atau trend untuk pasaran kesihatan dan kecantikan global."



Kesemua 20 jenama yang ditampilkan di ekspo tersebut dipilih berdasarkan inovasi, ramuan semulajadi dan organik untuk meningkatkan lagi kesejahteraan para pengguna dan gaya hidup "Living Healthy & Living Beautiful."

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.