TULUS SEWINDU TOUR – KUALA LUMPUR 3 OGOS 2019

Shiraz Projects Sdn Bhd
& TULUSCompany dengan bangganya mempersembahkan penyanyi lelaki terkemuka Indonesia
TULUS, yang akan mengadakan konsert kedua di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 8.30 malam, 3 Ogos 2019
bertempat di Plenary Hall, Pusat
Konvensyen Kuala Lumpur.
Selepas konsert pertamanya laku keras dan ‘SOLD OUT’ di Istana Budaya pada
tahun lepas, TULUS kembali merayakan keberadaan lapan tahun dirinya dalam
industri dengan muncul melalui TULUS
SEWINDU TOUR - KUALA LUMPUR. Sewindu membawa maksud lapan tahun dalam Bahasa Indonesia dan konsert
dengan durasi dua jam ini tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana peminat
tegarnya. Ini kerana TULUS akan mempersembahkan barisan lagu-lagu dari single
terbaru-baru hinggalah kepada lagu-lagu hits melalui tiga albumnya termasuk
'Gajah', 'Pamit' 'Sewindu', 'Monokrom' dan banyak lagi.
Konsert ini merupakan perayaan
ulang tahun kelapan TULUS dalam industri dan juga menghargai sokongan amat besar
yang diperolehinya dari ribuan peminat setia baik di Malaysia dan di sekitar
rantau ini. Konsert yang dinanti-nantikan akan menjadi malam untuk diingati
dengan iringan 21 pemuzik yang selama ini menyokong TULUS.
Tiket berharga RM 860 (Meet & Greet), RM460
(Diamond), RM360 (Platinum), RM260 (Gold) RM200 (Silver), RM160 (Bronze). Tiket
untuk konsert sudah mula dijual sejak 28 Mei 2019 lalu di www.myticket.asia
TULUS
SEWINDU TOUR – KUALA LUMPUR yang merupakan konsert satu malam
sahaja ini dianjurkan
oleh Shiraz Projects Sdn Bhd & TulusCompany.
TULUS
SEWINDU TOUR – KUALA LUMPUR
Venue: Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre
Laman Web: www.shirazprojects.com
Harga tiket:
- RM860 (Meet & Greet)
- RM460 (Diamond)
- RM360 (Platinum)
- RM260 (Gold)
- RM200 (Silver)
- RM160 (Bronze)
Contact: 03 8605 0195
Info Hotline: 012 256 0082
Facebook: shirazprojects
Instagram: shirazprojects
Hashtag: #TulusSewinduTourKL
Comments
Post a Comment