SHARIFAH AMANI & FILZAH AWOK SERTAI KEMPEN BARU LIBRESSE®



Wanita kini memainkan pelbagai peranan dalam hidup masing-masing, di samping mengejar impian dan pencapaian yang lebih tinggi. Dengan ini, kami mengasah keupayaan unik untuk multitask semasa menghadapi cabaran hidup dan kadang-kadang ia juga termasuk mengalami cabaran untuk mengatasi ketakutan dan perasaan keraguan terhadap diri sendiri. Adakah saya membuat pilihan yang tepat? Apakah pandangan orang lain terhadap saya? Adakah saya cukup sempurna? Adakah ini benar-benar sesuai untuk saya? Fikiran sebegini timbul apabila seseorang wanita sibuk menguruskan hidupnya sambil memenuhi pelbagai peranan dalam hidup, dan pada masa yang sama cuba memenuhi gaya hidup yang diingini. Sebagai jenama penjagaan wanita yang terkemuka, Libresse memahami cabaran dan kebimbangan yang dihadapi oleh wanita dalam mencari kesesuaian untuk hidupnya. Ini termasuk perubahan emosi setiap bulan yang dihadapi wanita semasa period dan kebimbangan terhadap kebocoran. 

"Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam inovasi tuala wanita, kami mempunyai dialog dengan kaum wanita tentang apa yang membimbangkan seseorang wanita serta apa yang memberikan ilham kepada mereka. Kami berharap dapat menyokong kehidupan mereka sebagai seorang wanita, terutama sekali ketika menghadapi cabaran dalam pelbagai aspek hidup dan salah satu daripada cabaran tersebut adalah kebimbangan terhadap isu kebocoran ketika period, di mana isu ini sangat nyata di kalangan wanita,” jelas Evelyn Chan, Pengarah Pemasaran, Vinda Group Asia Tenggara. 

"Semua wanita berbeza bentuknya, dengan kontur dan bentuk badan yang berlainan. Menyedari fakta ini, kami percaya bahawa satu saiz sahaja bukannya sesuai untuk semua orang. Oleh itu, pilihan yang lebih luas untuk tuala wanita diperlukan, maka rangkaian yang baru dihasilkan dengan gabungan ketebalan dan kepanjangan pad yang bersesuaian berdasarkan ukuran pinggul dan aliran haid amat penting demi memberikan keselesaan dan perasaan selamat – ini adalah idea di sebalik kempen “Get Your Fit” ini.” 

Kempen ini disokong oleh selebriti wanita terkenal, iaitu Sharifah Amani dan Filzah Awok, yang turut menyuntikkan unsur lawak berkaitan topik ini yang seringkali dianggap sebagai topik yang pantang ataupun tabu. Pandangan realistik mereka terhadap isu-isu ketidakyakinan yang turut dihadapi mereka, termasuklah mencari tuala wanita yang benar-benar sesuai, adalah satu kisah yang benar bahawa wanita mempunyai kebimbangan masing-masing tidak kira status sosial mahupun kejayaan yang dikecapi dalam hidup. Ikuti mereka di Instagram (@sharifah_amani and @fizahawok) bagi mendengar mesej yang ingin mereka sampaikan sepanjang berlangsungnya kempen ini! 

Rangkaian Produk yang Diperbaharui bagi Menawarkan Padanan Berbeza untuk Kontur Badan Berbeza 

Sebagai seorang wanita yang menghadapi cabaran bagi mencapai kesesuaian dalam setiap aspek hidup, dari pakaian ke kasut, Libresse® menyahut seruan ini dengan memperkenalkan rangkaian produk yang diperbaharui, dalam variasi Invisible Fit, Slim Fit, Maxi Fit dan Long & Wide Fit. Rangkaian baharu ini menawarkan prestasi yang lebih baik, dengan lapisan yang lebih lembut dan kering untuk keselesaan dan perlindungan yang lebih mantap. Turut tersedia adalah Libresse® Maximum Security Panties yang baharu dengan BodyFit design untuk perlindungan yang optimum terhadap kebocoran. 

Kesemua tuala wanita Libresse® direka dengan teknologi SecureFit™ yang dipatenkan bagi memastikan pad sesuai dengan kontur badan wanita tidak kira bagaimana anda bergerak. Bahagian lebar didepan memastikan pad kekal di bahagian intim anda. Bentuk tirus ditengah memastikan pad duduk selesa di antara kedua-dua belah peha. Reka bentuk unik berbelah di belakang merapatkan pad pada punggung. Selain itu, Deep Flow Channels (DFC) dengan pantas menyerap dan mengalirkan cecair ke dalam pad untuk kekeringan yang lebih baik sambil mengelakkan kebasahan pada kulit. 

Di samping itu, Libresse® Daily V-Fresh Liners juga memaparkan rupa baru yang menyegarkan, Libresse® liners direka dengan CurveFit™ yang dipatenkan mengikut kontur unik badan wanita untuk penjagaan bahagian intim setiap hari. 

Rangkaian baru produk Libresse®kini didapati dalam warna pek yang berlainan, direka khas untuk mengenal pasti variasi yang berlainan dengan lebih mudah. Ia boleh didapati di pasar raya, farmasi dan kedai runcit di Malaysia. 

Untuk membantu wanita di Malaysia mendapatkan padanan yang sesuai, Libresse® akan membawa kempen 'Get Your Fit' ke lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara melalui activiti di kedai-kedai serta trak Libresse® hingga 13 Julai. Kunjungi mana-mana lokasi untuk Get Your Fit dan rasai perbezaannya sendiri. 

Pengguna juga boleh menyertai kuiz "Get Your Fit" (www.libresse.com.my/products/getyourfitquiz) untuk mengetahui tuala wanita mana yang sesuai berdasarkan kontur badan dan aliran haid. Untuk butiran dan jadual yang lengkap, layari bit.ly/getyourfit-truckschedule, laman Facebook Libresse® Malaysia (www.facebook.com/LibresseMalaysia) atau ikuti akaun Instagram Libresse (@Libresse_My) dan juga hashtag #LibresseMy dan #GetYourFit.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING