SUT MEWAH SACOOR BROTHERS KINI DI HOTEL HILTON KL



Hilton KL, hotel bertaraf lima bintang kini berkerjasama dengan jenama fesyen premium untuk lelaki, Sacoor Brothers untuk membawakan khidmat penempahan pakaian sut lelaki dari dalam bilik hotel.. 

Khidmat ini menawarkan rangkaian Sacoor Brothers yang lengkap kepada tetamu yang menginap di Hilton KL di mana para tetamu boleh memesan pakaian yang akan dihantar ke bilik sebelum ketibaaan mereka. Tukang jahit juga memberikan khidmat pengantaran dalam masa 2-jam kepada tetamu Hilton KL yang terlupa membawa kemeja pejabat atau yang memerlukannya dalam keadaan terdesak.


Tetamu juga boleh mendapatkan khidmat tukang jahit untuk membuat ukuran  badan bagi membuat sut khas yang boleh ditempah melalui Hilton KL. Perkhidmatan ini memerlukan sekurang-kurangnya 5 hari. Sut akan menanti anda di dalam almari bilik. 

Khidmat tukang jahit in-room boleh didapati dengan mendial (0) untuk MAGIC dengan telefon bilik atau secara emel ke kuala-lumpur@hilton.com


Harga bilik bermula daripada USD160nett semalam (termasuk sarapan pagi). Sila nyatakan Hilton KL x Sacoor Brothers sebagai subjek ketika membuat pertanyaan atau tempahan.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM