KOH GEN DO - JENAMA PILIHAN BINTANG FILEM KINI DI MALAYSIA

Koh Gen Do, jenama penjagaan kulit dan solekan dari Jepun, telah dilancarkan secara rasminya di Bukit Bintang pada hari ini oleh Cik Yunje Jang, Pengurus Besar Pembangunan Jualan Luar Negara, Koh Gen Do.
Koh Gen Do diasaskan lebih dari 30 tahun yang lalu di Tokyo dan digunakan di set penggambaraan di seluruh dunia. Jenama ini menggabungkan bahan botani berharga dengan teknologi penjagaan kulit Jepun untuk menyuburkan dan memelihara keupayaan kulit untuk kembali pulih.
![]() |
Gary Cheok, Celebrity Makeup Artist and Ms Yunje Jang, General Manager of Overseas Business Department, Koh Gen Do. |
"Kami sangat berbesar hati kerana dapat menawarkan produk kami kepada rakyat Malaysia, dan juga kerana memperoleh rakan kongsi yang terbaik untuk pelbagai saluran pemasaran seperti PLAY UP untuk saluran runcit, Hermo untuk saluran dalam talian, Air Asia dan Our Shop untuk rakan saluran bebas cukai. Pelanggan di Malaysia kini dapat menikmati produk kami yang terjual laris secara global dan digemari selebriti terkenal seperti Aqua Foundation, SPA Cleansing Water, Base Color Makeup dan Illuminator", kata Cik Yunje Jang.
Pelakon terkenal Jepun, Ai Saotome, mencipta produk Koh Gen Do kerana bimbang tentang keadaan kulitnya yang tertekan selepas berjam-jam di set filem. Dengan menggunakan bahan pelembap yang berasaskan tumbuhan, tradisi penjagaan kulit Jepun dan teknologi, produk penjagaan kulit dan solekan ini dapat mengekalkan kulit sihat berseri tidak kira di dalam mahupun di luar penggambaran. Produk Koh Gen Do juga dapat meningkatkan keupayaan kulit untuk pulih secara semula jadi, justeru menjadikan kulit lembut, licin dan sihat.

Produk yang terbaik untuk digunakan dengan Aqua Foundation ialah Aqua Foundation Illuminator yang dapat mencerahkan kawasan tepi mata, tulang pipi dan busur bibir dengan segera. Dengan berus solek baharu, kawasan-kawasan yang rumit boleh disapu dengan mudah. Dirumus dengan Gloss Film Powder, highlighter tahan lama ini dapat menyerikan kulit untuk rupa yang terbentuk dan kelihatan sempurna.
![]() |
Makeup Colour Base |
Antara produk utama jurusolek artis ialah Makeup Colour Base. Primer berprestasi tinggi dan bertekstur baldu ini direka untuk mencantikkan dan mencerahkan kulit sebelum penggunaan foundation. Dengan prinsip Koh Gen Do yang menekankan pemulihan kulit, Makeup Colour Base ini mengandungi 14 bahan yang berkhasiat untuk kulit, termasuk akar mulberry putih dan ekstrak mawar. Bahan antioksida di dalam Makeup Colour Base ini juga dapat mengekalkan hidrasi yang penting untuk memulihkan kulit yang sering terdedah kepada penghawa dingin.

"Koh Gen Do berpegang kepada konsep kecantikan pemulihan. Setiap wanita dikurniakan kecantikan dan Koh Gen Do ingin menyerlahkan kecantikan semula jadi setiap wanita. Produk kami langsung tidak mengandungi warna tiruan, wangian atau minyak mineral yang berasaskan petroleum", tambah Cik Yunje Jang. Berharga antara RM125 hingga RM190, Koh Gen Do kini boleh didapati di PLAY UP, Hermo, AirAsia Duty Free dan Merchandise, Ourshop serta Lazada.
Mulai sekarang hingga 17 Oktober 2019, Koh Gen Do telah membuka kiosk di tingkat bawah Fahrenheit88. Pelanggan boleh melawati kiosk tersebut untuk mencuba Koh Gen Do sendiri serta memenangi beberapa hadiah yang menarik.
Untuk maklumat lanjut, layari
Laman web: https://kohgendo.com.my
Laman Instagramhttps://www.instagram.com/kohgendo_malaysia/.
Untuk maklumat lanjut, layari
Laman web: https://kohgendo.com.my
Laman Instagramhttps://www.instagram.com/kohgendo_malaysia/.
Comments
Post a Comment