AMBI PUR LANCAR PENYEGAR UDARA "BATHROOM FRESH"



Ambi Pur bersama dengan pelakon tempatan Amyra Rosli serta hos dan penyampai terkenal Hafiz Hatim melancarkan penyegar udara serba baharu – Ambi Pur Bathroom Fresh dalam satu majlis pelancaran khas yang dijalankan di Mydin USJ, Subang Jaya. 

Bau tandas busuk adalah salah satu masalah yang membelungi kebanyakan rumah. Dalam satu kaji selidik yang dijalankan oleh Procter & Gamble di kalangan 400 suri rumah di Asia, 71.3% dari mereka meluahkan rasa gusar tentang bau tandas. Kebanyakkan antara mereka juga mengadu tentang masalah bau busuk yang selalu timbul semula walaupun bilik air dicuci dengan kerap. Setelah membuat kajian mendalam, Ambi Pur mendedahkan sumber yang menyebabkan bau busuk untuk kembali menular, walaupun tandas baru sahaja dibersihkan adalah permukaan lembut – seperti kain yang diletakkan dalam tandas. Permukaan-permukaan ini menyerap dan melepaskan semula bau ke udara melalui penyejatan, satu proses halus dari mata kasar yang berterusan dan bukan mudah untuk ditangani walaupun dengan cucian berulang kali. 

Dengan menggunakan teknologi terbaharu dari Ambi Pur, penyegar tandas terbaharu ini menawarkan penyelesaian yang efektif untuk membantu pengguna mengekalkan bau segar dan bersih dalam tandas mereka. Dengan teknologi pembasmian bau, Ambi Pur bukan sahaja menghapuskan bau udara busuk, tetapi juga memberi perlindungan terhadap bau busuk dan mengekalkan bau segar dan bersih dalam tandas. 

“Ambi Pur mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam kejayaan inovasi dan kami cuba untuk memahami dan menghasilkan produk yang memenuhi keperluan pengguna. Ambi Pur Bathroom Fresh adalah produk pertama ciptaan kami yang menggabungkan pembasmian bau dalam udara dengan penghalang bau dalam permukaan lembut. Kami mahu membuat hidup suri rumah lebih mudah, agar mereka tidak perlu lagi runsing tentang hal-hal menjaga kebersihan, keselesaan dan memghasilkan ruang bebas-bau untuk keluarga mereka,” kata Nantha Kumaran Kalimuthu, Pengarah Komersil, P&G Malaysia. 

Dalam sembang santai semasa majlis pelancaran, Amyza Rosli berkongsi kekecewaan dan pengalaman sendiri berdepan dengan masalah bau tandas busuk. “Sebagai seorang ibu yang punyai anak kecil, memberikan ruang selamat, bersih dan segar untuk keluarga adalah satu keutamaan untuk saya. Kerja-kerja membersihkan tandas sememangnya adalah satu kerja yang tidak pernah diberikan terima kasih, ia jadi lebih menghampakan bila bau busuk itu selalu datang semula. Jadi, saya sangat gembira bila ada penyelesaian mudah dengan Ambi Pur Bathroom Fresh!” 

Ambi Pur Bathroom Fresh menawarkan cara penggunaan yang mudah dan berkesan, diaktifkan dengan sekali ketik, reka bentuk padat yang aerodinamik menghasilkan keberkesanan maksimum sambil melepaskan bau segar yang berkekalan. Ia datang dengan empat jenis bauan segar : Mild Lavender, Refreshing Soap, Zesty Lemon, dan Refreshing Apple. 


Dapatkan salah satu bau kegemaran Ambi Pur Bathroom Fresh di kedai-kedai runcit dan pasar raya yang berdekatan.

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA