JOYCE CHU BERJAYA MARA PERINGKAT AKHIR CHUANG 2020!



Peserta dari Malaysia, Joyce Chu, telah mara ke peringkat akhir CHUANG 2020. Kini di kedudukan nombor 8 daripada 15 finalis, beliau hanya kini selangkah ke arah memenangi tempat dalam kumpulan pop antarabangsa wanita yang terdiri daripada tujuh orang anggota. Warga Malaysia boleh membantu merealisasikan impian gadis tempatan kita dengan mengundi secara eksklusif di aplikasi WeTV app mulai dari hari ini hingga hari Sabtu, 4 Julai. 

Dengan hanya tinggal empat hari lagi, setiap undi adalah bernilai. Setiap orang hanya boleh mengundi untuk seorang pelatih sahaja setiap hari. Sekiranya anda adalah pelanggan VIP, anda akan mendapat dua kali ganda mata undian! 

Joyce telah melonjak naik ke tangga ke-8 setelah persembahan "Sing It Once Every Morning" oleh beliau yang mengagumkan serta menarik perhatian semua. Beliau sekali lagi membuktikan versatiliti beliau kepada penonton serta peminat yang menonton kerana ini adalah kedudukan satu digit yang pertamanya dalam rancangan itu. 

Pada peringkat akhir pertandingan, Joyce akan mempersembahkan pertunjukan berkumpulan untuk sebuah lagu berjudul "It’s A Bomb". Nantikan persembahan Joyce pada peringkat akhir pada hari Sabtu, 4 Julai, jam 8 malam, secara eksklusif di WeTV


Teruskan mengundi kerana tempoh mengundi akan tamat pada hari Sabtu ini!

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

ASTRO ORIGINALS ‘PROJECT; EXIT’ MENGUPAS ISU KESIHATAN MENTAL & KONFLIK KELUARGA MENERUSI KISAH PERSAHABATAN YANG PENUH EMOSI

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

IQIYI SAJIKAN DRAMA BERSIRI ‘SATU HARI NANTI’ GANDINGAN BELLA ASTILLAH, EZAIDI AZIZ & EYKA FARHANA