MHTC PUJI PEMBUKAAN SEMPADAN KEPADA PELANCONG KESIHATAN



Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengenai keputusan kerajaan untuk membuka semula sempadan antarabangsa negara kepada pelancong kesihatan. Ia merupakan langkah positif bagi ekonomi Malaysia dan menandakan tahap pemulihan yang ketara telah dikecapi oleh industri pelancongan kesihatan negara. 

Aspek keselamatan pesakit dan pelawat kekal menjadi keutamaan, dan kelulusan ini adalah tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang lebih ketat. SOP tersebut meliputi beberapa aspek termasuklah pendaftaran awal pelawat dengan MHTC sebelum mengunjungi Malaysia untuk mendapatkan rawatan. Maklumat lanjut mengenai SOP tersebut akan diedarkan setelah segala butirannya dimuktamadkan. 

Kecekapan Malaysia dalam menguruskan pandemik yang sedang berlanjutan ini telah menyaksikan penurunan jumlah kes yang signifikan. Ia mencerminkan tahap kepercayaan dan keyakinan ke atas sistem kesihatan negara yang mantap, lantas membuktikan pengiktirafan Malaysia sebagai negara yang menawarkan “Penjagaan Kesihatan yang Menakjubkan” (World’s Healthcare Marvel). Kesiapsiagaan negara kita yang kukuh dalam melawan pandemik telah meraih pengiktirafan bertaraf global, khususnya daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia. 

Ketika negara berpadu tenaga untuk bangun daripada kepincangan ini, MHTC akan terus mempamerkan keupayaan serta kekuatan sistem kesihatan Malaysia sebagai destinasi kesihatan bertaraf dunia dengan membuka haluan bagi lebih banyak tawaran perkhidmatan yang inovatif. MHTC akan memastikan semua pihak dimaklumkan mengenai langkah-langkah selanjutnya sementara kita mengalu-alukan para pelancong kesihatan kembali ke negara kita. Sehingga itu, marilah kita berganding bahu demi perjuangan untuk menghapuskan COVID-19 dari Malaysia dan menunjukkan keupayaan kita sebagai World’s Healthcare Marvel.


Foto: Travel photo created by nikitabuida - www.freepik.com

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM