POOVA DENDANGKAN VERSI BAHARU "WARISAN" SEMPENA HARI MERDEKA



Rakyat Malaysia begitu mengenali lagu patriotik, Warisan nyanyian penyanyi lagenda tanahair – Allayarham Sudirman yang seringkali berkumandang di corong-corong radio terutamanya di bulan kemerdekaan negara dan hari Malaysia.

“Semasa mengadakan perbincangan berkaitan produksi single dan video muzik terbaru saya - Karya, kami telah membuat keputusan untuk merakamkan lagu Warisan sempena hari Kemerdekaan dan hari Malaysia. Ini adalah kerana kami sependapat bahawa lagu tersebut adalah sebuah karya hebat, dan ingin menyampaikannya dengan gaya kami sendiri. Ianya juga adalah menjadi misi kami untuk memperkenalkan lagu ini kepada generasi peminat muzik Malaysia yang baru. Sedang dunia dilanda krisis yang juga membawa impak kepada rakyat Malaysia, adalah begitu penting untuk kita menanamkan rasa cinta dan menaruh kepercayaan penuh kepada negara yang dicintai – dan lagu ini membawa mesej yang amat bertepatan. 


Lagu Warisan telah ditulis oleh Allahyarham Syed Haron Syed Ahmad dan terkandung di dalam album Sudirman bertajuk ‘Abadi’ (1982). 
Secara keseluruhannya, projek ini dilakukan dengan pantas berikutan Hari Kemerdekaan yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Mujurlah, kami berjaya mendapatkan pengarah muzik RiroMuzikXPlayspace, Rozhan Razman serta pengarah video muzik Gbam dari CST Productions, dan tentunya rakan baik saya – Sharon Chong untuk bermain piano.”

Keseluruhan kerja-kerja produksi, termasuk rakaman, telah dijalankan dalam masa satu hari sahaja! Memang memenatkan tapi kami semua berpuas hati akan hasilnya. Kami berharap anda semua akan terhibur untuk menikmatinya dan dapat merasakan semangat lagu ini yang sangat bermakna”

Comments

Popular posts from this blog

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

'DEATH WHISPERER' FILEM IMAX YANG PERTAMA DARI THAILAND BAKAL MENGHANTUI PAWAGAM MALAYSIA MULAI 4 JANUARI 2024

KESEDARAN MENGENAI STROK: KENALI TANDA, BERTINDAK, DAN AMBIL LANGKAH PENCEGAHAN

“RONA BOSPHORUS”, DRAMA ADAPTASI PERTAMA BUKA TIRAI DI RTM TAHUN 2025