FILEM HARI RAYA JULIE’S BISCUITS BAWA MESEJ PEMERKASAAN WANITA


Julie's Biscuits menyahut cabaran untuk menulis skrip yang berlainan bagi filem pendek Hari Raya yang berjudul "Ini Iklan Raya, Tau?". Filem yang disiarkan awal minggu ini bertujuan untuk meraikan wanita yang sering memainkan peranan penting dalam hidup serta mengubah stereotaip masyarakat terhadap wanita zaman sekarang, di mana mereka lebih berani untuk tampil ke hadapan.

"Ini Iklan Raya, Tau? " mengambil unsur komedi yang berani untuk menyampaikan mesej yang bermakna mengenai stereotaip wanita dan memperkasakan mereka untuk merangkul peranan multidimensi serta menentang stereotaip yang sering dikaitkan dengan golongan hawa. Berlatarbelakangkan satu penggambaran iklan Hari Raya, filem pendek ini menampilkan watak pelakon-pelakon dalam peranan yang biasanya dilihat dalam iklan Hari Raya - nenek yang menanti anak-anaknya dan cucu-cucunya untuk 'balik kampung' dan anak dara yang sering ditanya bila dia akan berkahwin. Namun, wanita dalam iklan Hari Raya ini mengambil pendirian bahawa mereka tidak akan "berpegang pada skrip". Filem pendek ini mencabar penonton untuk melihat bagaimana wanita sering digambarkan walaupun mereka adalah individu yang mempunyai keperibadian dan kekuatan yang dinamik. Filem ini juga mendorong penonton untuk meneroka bagaimana mereka dapat menghargai wanita dalam kehidupan mereka.

Konsep filem ini diilhamkan oleh Julie, ikon tanda dagang Julie’s Biscuits, yang baru-baru ini menampilkan wajah baharu yang menggambarkan semangat harapan dan keyakinan.

"Mengambil petunjuk dari penampilan baharu Julie’s, kami ingin terus menanamkan keyakinan dan mendorong masyarakat untuk membuka hati dan fikiran mereka untuk mengeratkan hubungan sesama dan mengatasi halangan hidup dengan setiap biskut. Dengan " Ini Iklan Raya, Tau?" , kami memperkasakan kaum wanita Malaysia untuk mentakrifkan peranan mereka dan menolak stereotaip yang sering dikaitkan dengan mereka. Ini juga merupakan peluang untuk meraikan wanita dalam hidup kita yang terus memberi inspirasi dan motivasi kepada kita untuk menjadi insan yang murni, ”kata Sai Tzy Horng, Pengarah, Julie's Biscuits.

Julie's Biscuits adalah jenama tempatan yang telah wujud sejak tahun 1985. Setiap biskut dibuat dengan penuh semangat, integriti, kebertanggungjawaban dan etika demi menjamin kualiti, rasa yang enak dan memberi pengalaman yang hebat kepada pengguna. Jenama ini mengambil pendekatan biskut bukan sahaja sedap dimakan malah ia juga mempunyai unsur dan nilai murni yang dapat dikaitkan dalam kehidupan kita. Pada akhir tahun 2020, Julie’s menampilkan logo terkini selepas 35 tahun, sesuai dengan pandangan baharu jenama ini. Di samping itu, berlatarbelangkangkan sinaran yang berwarna-warni pada logo Julie's ia melambangkan keyakinan untuk mengharungi cabaran pada masa depan serta bersedia untuk menghadapi pengembaraan aspirasi yang seterusnya. Ini sememangnya menggambarkan dan memberi semangat hidup yang luar biasa.

Pengembangan global jenama ini dipimpin oleh Pengarah Julie’s Biscuits, Sai Tzy Horng, yang bekerjasama dengan pasukan pengasas dan bakat generasi baru. Jenama ini bertujuan untuk membina warisan yang berjaya dan mengembangkan daya tarikannya secara pengedaran digital kepada pelanggan yang baharu, bercita-cita tinggi, dan lebih muda.

Jenama ini akan mengorak langkah dengan pembungkusan baharu serta mesej yang memperkasakan, membawa harapan dan memberi keyakinan, melalui siri inisiatif pemasaran digital, dengan kerjasama agensi kreatif yang merupakan pemegang anugerah.

Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) adalah sebahagian besar daripada komitmen Julie’s Biscuits untuk menyumbang kepada masyarakat. Antara siri inisiatif yang telah berjaya dilancarkan termasuk kempen "The Best of You" dan "Share the Love".

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Julie's Biscuits, kunjungi laman sesawang https://www.julies.com.my/


Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING