GANDINGAN TUJU & MALIK ABDULLAH SEMAKIN 'RALIT'


Bersempena dengan dengan pelancaran eksklusif filem J2: J Retribusi di Disney+ Hotstar mulai 1 Jun 2021, Monkey Bone dengan kerjasama Primeworks Studios, Infinitus Productions, TGV Pictures dan Sunstrong Entertainment, melancarkan lagu tema filem ini, RALIT oleh Tuju dan menampilkan Malik Abdullah di pelantar digital hari ini.

Sebuah lagu rap yang digubah oleh Ming dan Wolfy, ditulis dan dinyanyikan oleh Tuju yang mempunyai vokal yang unik dan serak dan dihidupkan lagi dengan vokal luar biasa oleh Malik Abdullah. RALIT yang kini boleh didengarkan di Spotify, Apple Music, Deezer, Joox, KKBox, YouTube Music and iTunes.

"Alhamdulillah, kami sangat berbesar hati di atas peluang dan kerjasama dari pihak produksi dan pemasaran filem ini. RALIT diilhamkan dari penceritaan J2: J Retribusi di mana seorang hero yang berada dalam keadaan yang genting dalam masa yang semakin suntuk untuk menyelamatkan orang yang disayanginya. Saya berharap penonton dan peminat muzik dapat menghayati setiap bait lirik lagu ini bersama penceritaan di sebalik filem yang hebat ini. Terima kasih," kata Tuju.

“Ianya sebuah kerjasama yang sangat mudah apabila kami sebulat suara dapat menyatukan mereka dalam sebuah lagu di mana sebelum ini kami pernah bekerjasama bersama Malik Abdullah untuk runut bunyi Ejen Ali The Movie untuk lagu Kita Jaga Kita dan kami sentiasa menghargai perjalanan muzik Tuju dan K-Clique. Oleh itu besarlah harapan kami kepada peminat dan penonton akan menikmati trek yang hebat ini”, kata Puan Liz Chong, Ketua, Pengedaran dan Pemasaran Filem.

J2: J Retribusi, sebuah filem sekuel blockbuster yang dinanti-nantikan selepas J Revolusi, akan dilancarkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar pada 1 Jun 2021. Muat turun aplikasi Disney+ Hotstar di peranti Android dan iOS mulai 1 Jun 2021 dan langgani dengan RM54.90 untuk 3 bulan. Untuk info lanjut, sila layari DisneyPlusHotstar.my.


Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!