IQIYI LANCAR KEMPEN ‘STRIM & MENANG’ PADA MUSIM PERAYAAN INI
![]()  | 
| 7 Hari Mencintaiku 3 | 
![]()  | 
| Be My Princess | 
![]()  | 
| My Hero Academia the Movie | 
| 
   Tempatan  | 
 |
| 
   Bila Hati Memilih Dia 28 Mac 2022 
  | 
  
   Setelah dituduh cuba menculik Nufail, Adra
  hilang minat untuk terus bekerja sebagai pengasuh Nufail kerana dia terpaksa
  berdepan dengan bapa Nufail, Nazril. Namun, oleh kerana satu insiden, Adra
  terpaksa berkahwin dengan Nazril.  | 
 
| 
   7 Hari Mencintaiku 3 Akan Datang! 
 
  | 
  
   Dalam kisah cinta ini, kebahagiaan rumah
  tangga Khuzairi dan Mia Adriana telah diuji apabila Khuzairi menjadi lumpuh
  ekoran sebuah kemalangan. Sifat Khuzairi menjadi panas baran apabila dia
  terpaksa melawan perasaan rendah diri kerana tidak dapat menjadi seorang
  suami dan bapa yang sempurna. Dalam perkembangan selanjutnya, Pak Samad yang
  sedang sakit telah diusung ke bilik pembedahan bersama sebuah rahsia yang
  disimpan dari pengetahuan keluarganya. Mereka telah membongkar rahsia
  tersebut dalam sepucuk surat yang menyuruh mereka mencari erti cinta sejati
  dalam masa tujuh hari.  | 
 
| 
   Kerana Aku Isteri Bidaan Akan Datang! 
 
  | 
  
   Dalam cubaan untuk membebaskan diri daripada
  dikahwinkan dengan seorang duda, Haji Meon, yang sebaya dengan bapanya, Raian
  Badrina membuat dakwaan palsu yang dia telah dihamilkan oleh Farel Zafeeq
  untuk memaksa pemuda tersebut mengahwininya. Pada malam perkahwinan mereka,
  sesuatu yang tidak disangkakan berlaku apabila Raina melarikan diri dengan
  teman lelakinya yang sebenar, Aznor. Tanpa dijangkakan, Aznor merupakan
  seorang bapa ayam dan telah menjual Raina kepada pembida tertinggi. Seperti
  mana yang ditakdirkan, Raina bertemu semula dengan Farel di sebuah bar.
  Apabila mengetahui apa yang terjadi kepada Raina, Farel cuba untuk membida
  dan membebaskan Raina dari rumah pelacuran. Namun begitu, Farel masih
  dihantui perasaan malu ekoran kejadian lampau dan ini menyebabkan dia membeli
  Raina untuk menyeksa, dan bukan menyelamatkannya.  | 
 
| 
   My Ofis iQiyi Original 
 26 Mei 2022   | 
  
   Komedi ringan ini berkisar tentang cabaran
  yang dihadapi oleh Jasper, seorang pemuda dengan cita-cita untuk menjadi
  bintang rock yang terpaksa melupakan kerjaya idamannya untuk menyara
  ibunya  dengan bekerja di pejabat korporat.
  Jasper terpaksa berdepan dengan huru-hara yang tercetus oleh telatah
  gila-gila di pejabat, kisah cinta dan kemelut politik di tempat kerja. Namun,
  dalam hati kecilnya, dia masih idamkan kehidupan di atas pentas.  | 
 
| 
   Drama
  Korea  | 
 |
| 
   Blueming 31 Mac  | 
  
   Siwon Cha, seorang pemuda yang sering dicemuh
  kerana kelihatan hodoh semasa kanak-kanak nekad untuk mengubah penampilannya.
  Semakin dewasa, dia telah menukar penampilannya dan menjadi lebih popular.
  Dia berhasrat untuk mendapat perhatian ramai ke mana sahaja dia pergi. Namun
  begitu, di universiti, dia bertemu dengan seorang lagi “Raja Populariti”,
  Daun Hyeong, seorang pemuda yang mempunyai segalanya -  rupa menawan, personaliti menarik, keluarga
  berada dan pintar dalam pelajaran. Drama ini diarahkan dan ditulis oleh Hwang
  Da Seul, yang terkenal dengan filem Korea, Where Your Eyes Linger.  | 
 
| 
   The Murderer’s Shopping List 21 Apr  | 
  
   Sertai Lee Kwang Soo (Ahn Dae-sung) dan Kim
  Seol-hyun (Do Ah-hee) dalam penyiasatan mereka untuk memberkas pembunuh
  seorang mangsa yang dijumpai berhampiran pangsapuri Kim.  | 
 
| 
   Shooting Stars 23 Apr  | 
  
   Ikuti kisah cinta di antara Lee Sung-kyung (Weightlifting
  Fairy Kim Bok-joo) dan Kim Young-Dae (Penthouse) dalam perhubungan mereka
  yang menimbulkan rasa cinta dan benci. Pasangan ini terdiri daripada seorang
  idola yang terkenal dan seorang lagi merupakan ketua agensi pengurusan.  | 
 
| 
   Drama
  Cina  | 
 |
| 
   Be My Princess iQiyi Exclusive Distrim sekarang!  | 
  
   Pelakon dan pemenang anugerah yang tampan,
  Mu Yanzhou (Xu Zhengxi, Loving the Earth) tersedar dengan cebisan memori
  berikutan satu kemalangan. Mu percaya bahawa dia merupakan seorang pegawai
  istana dari zaman Cina kuno dan Ming Wei (Zhou Jieqiong, Sunny Sister)
  merupakan “puterinya”. Walaupun yang demikian, cinta mereka masih berputik
  dalam kekecohan tradisi lama yang bercampur dengan kehidupan moden.  | 
 
| 
   Life is a Long Quiet River Distrim sekarang!   | 
  
   Ikuti kisah Shanghai di masa silam yang diceritakan
  dari sudut pandangan dua orang adik-beradik ipar - Feng Xiaoqin dan Ge Qingyu
  yang terpaksa melupakan perbezaan di antara mereka dan bekerjasama untuk
  mengatasi kerumitan dalam kehidupan harian.  | 
 
| 
   Brilliant Class 8 1 Apr  | 
  
   Seorang bekas selebriti popular Xiang
  Dongnan dengan tiba-tiba ditimpa nasib malang apabila dia terbabit dalam
  khabar angin buruk dan ditipu oleh pembantunya serta pengetua sekolah
  menengah untuk menjadi seorang guru, dengan menjadikan program realiti palsu
  sebagai alasan untuk membersihkan nama baiknya. Walaupun akhirnya dia
  menyedari akan tipu helah yang terjadi dan dia tidak mungkin dapat membuat
  penampilan kembali atau “comeback” yang diinginkan, dia masih meneruskan
  kerjanya untuk memenuhi tuntutan kontrak dan mengajar para pelajarnya dengan
  tekun. Di sana, dia menyaksikan kemajuan para pelajarnya dalam pelajaran
  apabila dia membantu mereka mengatasi cabaran yang tiba. Tanpa disangka, dia
  juga menemui cinta dalam proses tersebut.  | 
 
| 
   My Sassy Princess Akan Datang!  | 
  
   Ikuti kisah cinta Puteri Chang Le yang
  manja, Liu Ling dan pendekar Chen Yan apabila mereka ditemukan oleh takdir.  | 
 
| 
   Love in a Loop Akan Datang!  | 
  
   Drama unik ini mendedahkan kebenaran di
  sebalik kematian seorang majikan yang disebabkan kebencian daripada pekerja-pekerjanya
  untuk membebaskan diri dari kitaran masa.  | 
 
| 
   Anime  | 
 |
| 
   The Rising of the Shield Hero  Distrim sekarang!  | 
  
   Naofumi Iwatani telah diseru ke sebuah alam
  lain apabila dia menyedari yang dia merupakan salah seorang daripada wira
  empat serangkai. Dilengkapi senjata-senjata legenda bagi menyelamatkan dunia,
  dia terpaksa bangkit untuk menjadi Shield Hero!  | 
 
| 
   Kuroko’s Basketball 1 April  | 
  
   Kuroko bertemu semula dengan
  "Generation of Miracles" apabila bekas seteru mereka dikalahkan dalam
  permainan pertunjukan melawan sebuah pasukan bola keranjang jalanan yang
  terkenal.  | 
 
| 
   Haven’t You Heard? I’m Sakamoto 1 April  | 
  
   Sakamoto adalah seorang genius yang
  disenangi oleh para pelajar lelaki dan perempuan. Walaupun selalu berdepan
  dengan situasi yang pelik-pelik, dia dapat mengatasi apa jua cabaran dengan
  cemerlang sekali. Ini menjadikannya seorang pelajar sekolah menengah tahun
  pertama yang paling cool!  | 
 
| 
   Love. Chunibyo and Other Delusions! 1 April  | 
  
   Siri ini mengikuti kehidupan seorang pelajar
  sekolah menengah, Yūta Togashi, yang cuba untuk menghilangkan sindrom
  chūnibyō  (khayalan kemegahan) yang
  memalukan, sehingga dia bertemu dengan seorang gadis, Rikka Takanashi, yang
  turut mempunyai tanda-tanda sindromnya yang tersendiri.  | 
 
| 
   Love. Chunibyo and Other Delusions -
  Heartthrob 1 April  | 
  
   Yuta Togashi telah membuat penukaran ke
  sebuah sekolah menengah baharu untuk melarikan diri daripada perasaan malu
  yang timbul apabila dia tersalah sangka yang dirinya mempunyai kuasa luar
  biasa. Dia nekad untuk membebaskan diri daripada orang-orang yang mengetahui
  tentang masa silamnya.  | 
 
| 
   Maid Sama! 1 April  | 
  
   Seika High, sebuah sekolah lelaki yang
  terkenal dengan pelajar-pelajar nakal, telah ditukar menjadi sekolah
  campuran. Walaupun beberapa tahun telah berlalu, bilangan pelajar perempuan
  masih me minoriti. Ini tidak menjadi halangan kepada Misaki Ayuzawa yang
  berusaha untuk menjadikan sekolah ini sebuah tempat yang lebih baik untuk
  pelajar-pelajar perempuan.  | 
 
| 
   My Hero Academia the Movie  | 
  
   Wira-wira Jepun yang paling hebat harus
  bekerjasama untuk mencari dalang di sebalik serangan senjata kimia yang
  membawa maut.   | 
 
Sentiasa berhubung Bersama iQiyi Malaysia melalui:
Instagram: https://www.instagram.com/iqiyimalaysia/
Twitter: https://twitter.com/iqiyimalaysia
YouTube: https://youtube.com/iqiyimalaysia
TikTok: https://www.tiktok.com/@iqiyi_malaysia

.jpg)

Comments
Post a Comment