MJHM HOLDINGS JALIN KERJASAMA PINTAR STRATEGIK DENGAN UKM

Prof. Madya Dr. Jemaima Che Hamzah Timbalan Dekan Prasiswazah , YBhg.  Prof. Dato' Ir. Dr. Abdul Wahab Mohammad Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Kebangsaan Malaysia, Datuk Tee Swee Guan Executive Chairman of MJHM dan YBHG Datuk Lee Chong Hoon.

MJHM Holdings jalin kerjasama pintar strategik melalui memorandum perjanjian dengan UKM bagi membangunkan perkhidmatan berasaskan Perubatan Regeneratif “Wellness & Healthy Aging” dan penyelidikan bersama.

Menjelang tahun 2030, berdasarkan unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia, negara dijangka mencapai status negara menua pada tahun 2030 apabila 15 peratus penduduknya berumur 60 tahun ke atas. Laporan pada tahun 2020, menunjukkan bahawa populasi berusia 60 tahun dan ke atas telah meningkat daripada 3.4 juta (2019) kepada 3.5 juta yang mewakili 10.7 peratus daripada jumlah penduduk. Golongan usia emas di Malaysia akan mengikuti trend global dan negara maju seperti Jepun dan Eropah dimana jangka hayat akan menjadi lebih panjang dan berikutan itu, permasalahan kesihatan khusus disiplin geriatric akan menjadi lebih signifikan terutamanya dari segi kesihatan mental dan juga fizikal. Buat masa ini, pakar geriatric negara hanyalah berjumlah kurang daripada 30 orang dan usaha-usaha sudah dikenalpasti bagi meningkatkan lagi jumlah pakar di dalam bidang geriatric.

Memulakan era "Regenerative Medicine" dan memperkenalkan bidang perubatan ke dalam aliran perdana perubatan baharu

Buat masa ini, UKM telah melakar kejayaan melalui sistem kesihatan dan perubatan universiti yang paling komprehensif di Malaysia dan berjaya memberikan perkhidmatan bertaraf antarabangsa melalui pusat rujukan serantau iaitu Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Hospital Tuanku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (HTABTAR HPKK) dan UKM Specialist Center serta rangkaian Poliklinik UKM Kesihatan.

Kerjasama yang bakal dijalankan bersama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia adalah bersifat symbiosis, dimana MJHM akan berkongsi pengalaman serta pengkalan data yang dikumpul secara elektronik sejak lebih 30 tahun bagi menghasilkan kajian penyelidikan yang boleh diaplikasikan kepada tujahan perkhidmatan di Pusat Perubatan UKM. Melalui rancangan penubuhan UKM Health Technopolis, MJHM bersedia membangunkan pusat pengesanan awal sehenti atau “one-stop center for health screening and wellness” sebagai satu komponen penting dalam aspek kesihatan yang bakal melengkapi spektrum perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang ditawarkan oleh UKM iaitu aspek pegesanan, pencegahan, gayahidup aktif sihat serta perubatan regeneratif.

Sebagai sebuah syarikat korporat yang berdaftar di Malaysia, MHJM berhasrat untuk menjadi sebuah institusi kesihatan yang komprehensif serta dinamik sejajar peredaran masa dan teknologi. Melalui 3 cabang perkhidmatan kesihatan MJHM yang sedia ada iaitu MJ Health Screening, REV Physiotherapy and Rehabilitation Center dan ECOHEAL Air Purifier, diharapkan potensi setiap entiti akan dapat di tingkatkan lagi dengan penglibatan para penyelidik dan pakar perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

ECOHEAL Air Purifier mewujudkan persekitaran yang sihat

Baru-baru ini, para penyelidik HCTM dan UKM yang diketuai oleh penyelidik utama Dato’ Dr Badrul Akmal Hisham Md. Yusoff dari Jabatan Ortopedik & Traumatologi Fakulti Perubatan UKM dan Prof Madya Dr. Mohd. Shahrul Mohd. Nazir dari Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Teknologi serta rakan penyelidik dari pelbagai fakulti dan jabatan, dengan kerjasama MJHM telah berjaya mendapat Geran Penyelidikan Fundamental Fakulti Perubatan bagi menjalankan kajian penggunaan alat “air purifier” yang menggunakan teknologi Photo-hydro-ionisation iaitu Ecoheal (FF-2021-398 : Investigation of the effectiveness of air purifier using Photo-hydro-ionization Technology (PHIT) ECOHEAL in a hospital COVID19 ward ) di wad-wad yang menempatkan pesakit COVID19 HCTM.

Dalam kajian kali ini alat “air purifier” ECOHEAL dipilih berdasarkan beberapa ciri-ciri yang memberikan kelebihan berbanding peralatan penapisan udara yang biasa digunapakai bagi menimbangkan samada aplikasi dalam penggunaan di fasiliti tertutup dan berisiko tinggi dapat menghasilkan kualiti pengudaraan dalaman yang lebih selamat dan seterusnya mungkin berupaya mengurangkan risiko penyebaran virus COVID19 yang terampai melalui udara. Hasil cerapan yang didapati, terbukti ECOHEAL berupaya untuk meningkatkan kualiti udara dalaman serta dapat mengurangkan viabiliti virus COVID 19 melalui proses pemusnahan RNA virus Covid19 dengan interaksi elemen superoksida yang terhasil daripada ECOHEAL.

Datuk Wira Lee Chong Wei Dilantik Sebagai Duta Jenama ECOHEAL

MJHM Holdings lantik Datuk Wira Lee Chong Wei jadi Duta Jenama ECOHEAL, bersama-sama memerangi wabak dan pencemaran udara, dan melindungi kesihatan pernafasan generasi akan datang.

MJHM menderma ECOHEAL kepada UKM, berkerjasama memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.


Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING