AXN ASIA MEMPERLUASKAN TAWARAN KANDUNGAN PREMIUM DENGAN SIARAN FILEM TERKINI DARI SONY PICTURES ENTERTAINMENT


KC Global Media telah mengumumkan bahawa tayangan-tayangan teater Sony Pictures Entertainment yang terbaharu akan disiarkan di saluran hiburan umum Bahasa Inggeris terkemuka mereka iaitu AXN Asia di rantau utama termasuk Singapura, Malaysia, Filipina, Thailand, Indonesia, Vietnam, Hong Kong, Macau, dan banyak lagi.

Berikutan tayangan pawagam dan ketersediaan untuk tayangan di rumah, peminat dapat menikmati filem terkenal seluruh dunia seperti Venom: Let There Be Carnage (dengan kutipan pembukaan USD$90.1 juta di AS, melebihi kutipan hujung minggu pembukaan Venom yang pertama dan seterusnya menghasilkan USD$506 juta di seluruh dunia), Spider -Man™: No Way Home™ (filem ke-6 dengan kutipan tertinggi sepanjang masa di seluruh dunia pada jumlah USD$1.9 bilion), Uncharted (kini merupakan filem adaptasi permainan video ke-4 dengan kutipan tertinggi di seluruh dunia, mencecah USD$400 juta di seluruh dunia), Morbius (sebuah pengenalan kepada genre watak kendiri daripada Marvel), dan bab seterusnya dalam dunia Ghostbusters iaitu Ghostbusters: Afterlife.

“Sebagai penyedia kandungan terkemuka di Asia, kami teruja untuk menyiarkan barisan filem blockbuster TV berbayar eksklusif untuk keselesaan setiap isi rumah di seluruh Asia Tenggara,” kata George Chien, Pengasas Bersama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KC Global Media. “Kami tidak akan berhenti melabur dalam peluang untuk terus menyediakan aksi premium dan hiburan drama untuk memberikan lebih nilai pada mata wang para pelanggan setia kami.”


Antara tayangan pertama daripada barisan filem menarik ini ialah Venom: Let There Be Carnage pada 12 Jun, di AXN Asia (Saluran ASTRO 701 HD dan Saluran 453 unifi TV), dimana Tom Hardy kembali memegang watak dahsyat Venom, salah satu watak terhebat dan paling kompleks MARVEL. Diarah oleh Andy Serkis, ditulis oleh Kelly Marcel dengan cerita asal oleh Tom Hardy & Marcel, filem ini turut dibintangi Michelle Williams, Naomie Harris, dan Woody Harrelson sebagai watak penjahat, Cletus Kasady/Carnage.

Untuk info terkini mengenai Pay-1 Movie Titles, ikuti @AXNAsia di Facebook, Twitter, Instagram, YouTube dan TikTok.

Comments

Popular posts from this blog

PUBG MOBILE CAMPUS CHAMPIONSHIP 2022 KINI KEMBALI! PELUANG TERAKHIR KE PMNC 2022!

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3