KETENANGAN DI JALAN RAYA DENGAN JAMINAN GOODYEAR WORRY FREE ASSURANCE


Memandangkan peningkatan jumlah kereta kembali di jalan raya, Goodyear Malaysia melancarkan program Worry Free Assurance (WFA) baharu yang diberi penambahbaikan dan berkuatkuasa mulai 1 Julai 2022, bagi memastikan semua rakyat Malaysia selamat dan dilindungi apabila menggunakan tayar Goodyear.

“Sejak kerajaan Malaysia mengumumkan fasa endemik pada Mei lalu, jumlah kereta yang berada di jalan raya telah meningkat dua kali ganda berbanding pada tahun 2019. Oleh itu, kami ingin menggalakkan para pelanggan kami untuk lebih mengambil tahu keadaan tayar kenderaan masing-masing supaya mereka boleh memandu dengan tenang. Sebagai penyokong keselamatan di jalan raya, kami percaya program Worry Free Assurance yang baharu ini akan membantu pelanggan kami kekal selamat dan dapat menikmati pemanduan yang menyeronokkan untuk jangka masa panjang,” kata Alex Ng, Pengarah Urusan Goodyear Malaysia.

Program WFA baharu ini tersedia untuk semua pelanggan yang membeli mana-mana tayar pengguna Goodyear baharu tanpa pembelian minimum. Pelanggan yang menyertai program ini akan menerima tiga faedah baharu iaitu:

1 Tahun Jaminan Road Hazard

Untuk tempoh 1 tahun bermula dari tarikh pembelian, pelanggan layak untuk menikmati pertukaran 1-to-1 secara percuma jika tayar mengalami kerosakan yang tidak boleh diperbaiki berpunca dari bahaya di jalanan seperti lubang dan/atau objek tajam kesan semasa pemanduan dalam keadaan biasa. Untuk pertukaran, tayar berkenaan mestilah mempunyai kedalaman bunga tayar pada 5.0mm atau lebih. Ciri baharu ini adalah lanjutan daripada WFA terdahulu yang menawarkan 6 bulan perlindungan dengan kedalaman bunga tayar minimum 6.0mm.

2X Pemeriksaan Tayar Percuma

Program baharu WFA ini akan memastikan tayar pelanggan berada dalam keadaan yang optimum dengan menyediakan dua pemeriksaan keselamatan tayar secara percuma. Pelanggan boleh kunjung semula ke bengkel Goodyear Autocare di mana mereka membeli tayar untuk menikmati dua pemeriksaan keselamatan tayar percuma pada bulan keenam dan kedua belas dari tarikh pembelian untuk memastikan pemanduan yang lebih tenang dan selamat kepada pelanggan.

Jaminan 5 Tahun

Goodyear Malaysia juga telah mengemaskini terma dan syarat di mana jaminan terhad selama lima tahun akan bermula dari tarikh pembelian seperti yang dinyatakan dalam invois asal dan bukan dari tarikh pembuatan tayar. Walau bagaimanapun, sekiranya tiada invois asal, jaminan terhad ini akan bermula dari tarikh pembuatannya. Di bawah jaminan ini, Goodyear juga akan memberi perlindungan kepada ketidaksempurnaan pembuatan sama ada dari segi mutu kerja atau bahan-bahan yang digunakan.

Selain itu, pelanggan yang membeli mana-mana tayar pengguna Goodyear baharu boleh menyertai program Worry Free Assurance dengan mengikuti tiga langkah mudah berikut:

1. Beli mana-mana tayar pengguna Goodyear baharu dari Goodyear Autocare atau kedai-kedai yang mengambil bahagian.

2. Terima invois dan kad WFA dari Goodyear Autocare atau kedai-kedai yang mengambil bahagian.

3. Daftarkan tayar yang dibeli itu di https://www.goodyear.com.my/warranty/register-your-tyres untuk mengaktifkan WFA dengan memuat naik resit dan nombor kad WFA anda.

Pelanggan yang berhasrat untuk menuntut pertukaran 1-to-1 secara percuma atau mendapatkan pemeriksaan tayar percuma perlu menunjukkan kedua-dua kad WFA dan invois pembelian di kedai-kedai yang mengambil bahagian. Sekiranya kad WFA hilang, pelanggan boleh mencetak pendaftaran WFA secara dalam talian sebagai ganti.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Worry Free Assurance Goodyear, sila kunjungi www.goodyear.com/my atau ikuti Goodyear Malaysia di Facebook dan Instagram.

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

MULAKAN PAGI ANDA DENGAN PENUH BERTENAGA: ACARA IKONIK MILO® MALAYSIA BREAKFAST DAY KEMBALI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-75 MILO® DI MALAYSIA