MINGGU FESYEN KEDAH 2022 BAKAL KEMBALI DI AMAN CENTRAL BULAN OGOS INI

 
Selari dengan pembukaan semula sempadan Malaysia sepenuhnya dan memberi tumpuan kepada pelancongan domestic, dengan mempromosikan pemulihan pelancongan tempatan dan antarabangsa, Kedah Fashion Week 2022 (KFW22) kembali tahun ini dengan misi yang lebih menyeluruh dengan menyatukan individu-individu ternama dalam industri fesyen. 

Bakal mengujakan anda semua selama 3 hari, bermula 5, 6 dan 7 Ogos 2022 (Jumaat – Ahad), KFW22 meraikan kepelbagaian dalam fesyen. KFW22 yang telah mula menapak sejak 2015 kini menjadi platform inspirasi buat semua peminat dan pemain industri fesyen tempatan.

Dengan kehadiran Ikon Fesyen ternama dalam industri fesyen, KFW22 kali ini tampil dengan kekuatan yang istimewa. Hirankrit Pattaraboribookul dari Thailand dan Edwin Ao dari Filipina menjadi antara barisan pereka antarabangsa yang bakal tampil di KFW22. Penampilan istimewa artis tempatan seperti Khai Bahar, Marsha Milan Londoh dan Dayang Nurfaizah pastinya menjadikan KFW22 sebagai salah satu acara paling dinantikan pada tahun 2022. Minggu fesyen ini turut menampilkan Natasha Hudson sebagai hos rasmi.

Antara nama besar para penaja kali ini ialah, Aman Central, Golden Screen Cinemas (GSC), Sony Pictures Malaysia, BMW Lee Motors, Hotel Star City, Bt Haus Retreat, Visual Art Déco, Clover Makeup & Beauty Academy, Peak Fitness, Himalaya, Medi Beaute, Café Diem, 105°C Coffeehaus, Kafe Moara, Zoomix, Barbara Flower Shop, Ecobrown’s dan Sembonia.

Pembukaan KFW22 kali ini turut membawa kelainan dengan menampilkan barisan pereka baharu yang bakal mewarnai industri fesyen tanah air. KFW22 turut menjadi platform untuk pemain industri bertukar pandangan, berkongsi idea dan pengalaman. Ini membuktikan KFW22 merupakan sebuah platform terbuka yang sentiasa mengalu-alukan idea serta cetusan segar daripada pereka-pereka muda.

Jenama-jenama tempatan mahupun antarabangsa tidak terkecuali untuk bersama KFW22 yang dilihat sebagai sebuah platform terbaik dalam memperkenalkan dan membawa jenama mereka ke tahap yang lebih tinggi. Pereka Fesyen baharu yang digilap turut diperkenalkan, dan mereka ialah Eugene Chow (Ntrovert), Hooi Ho Mun (Homun Hooi), Jeremy Wong Zi Jin (Jer), Liew Hui Ying (Lhy), Liren (Liren), See Jia Wen (Cappusee), Shawn Wong Jong Shen (Shawn Wong) dan Tan Wan Yee (Thewomanofyee). Selain barisan Pereka Fesyen di atas, jenama jenama terkemuka di Aman Central termasuk Icahfa, Qaira Hijab, Fana Couture, Carlo Rino, HLA, Parkson, Nuwav, Teva, Birkenstock, Studio, Steve Madden dan Swarovski turut memeriahkan lagi Kedah Fashion Week 2022 kali ini.


Barisan Pereka Fesyen tempatan yang bakal mempamerkan rekaan eksklusif mereka di Kedah Fashion Week 2022 terdiri daripada Bon Zainal, The Art of Eric Choong, ByTwoo, Thalia, AinaHariz, Daniel Zharif, Taufik Idros Creation, Faieeeez Creation, Dee Roslan, Seth & Luna, Khuntumn, Syafieq Ayman, Amaze dan Wan & Mary. Gandingan Pereka Fesyen baharu dan lama pastinya memberikan satu impak yang menakjubkan khususnya di Kedah Fashion Week 2022 kali ini. Kedah Fashion Week 2022 akan mencipta satu lagi detik bermakna dengan penghormatan istimewa kepada Pereka Fesyen sepanjang zaman, Eric Choong sebagai Ikon industri, untuk 33 tahun sumbangan beliau kepada industri fesyen serta generasi pereka baharu.

Menurut Pereka Fesyen yang disegani ini, bersempena ulangtahun ke-33 tahun The Art of Eric Choong, Eric Choong berkata istimewa pada Kedah Fashion Week 2022 kali ini, beliau bakal mempamerkan sentuhan eksklusif beliau bertemakan keindahan batik, kesenian budaya Malaysia. Beliau yang juga merupakan seorang Pensyarah berharap untuk terus menyampaikan ilmu dan berkongsi pengalaman bersama para Pereka baharu khususnya.

KFW22 semestinya sebuah Fashion and Lifestyle Event yang paling dinanti-nantikan pada tahun 2022. Dibawa secara eksklusif kepada semua oleh AMAN CENTRAL KEDAH, KFW22 adalah satu temasya dan evolusi terkini dalam industri Fesyen yang perlu dirai dan dihargai. KFW 22 bukan sahaja memartabatkan industri fesyen tempatan malah merupakan satu penghormatan kepada setiap individu di dalam industri Seni dan Kreatif, dari jenama-jenama terkenal di dalam negara mahupun seluruh dunia.

Buat mereka yang ingin mendapatkan pas masuk, mereka boleh menyertai Peraduan Pas KFW2022 ALL ACCESS tahun ini bermula 6hb Julai 2022 hingga 31 Julai 2022. Peraduan yang dinamakan “Your Bullet Train To KFW22”, adalah kerjasama bersama SONY Pictures Malaysia. Lawati media sosial Aman Central untuk maklumat lanjut www.instagram.com/amancentral dan sebanyak 30 pas “ALL ACCESS” tersedia untuk dimenangi! Acara berprestij ini turut boleh ditontoni secara langsung di http://www.facebook.com/AmanCentralAlorSetar !

Memetik temubual eksklusif bersama tetamu terhormat, Dato' Sonny Ho, Pengarah Urusan Belleview Group beliau cukup teruja untuk Kedah Fashion Week 2022 tahun ini dan beliau berkata, sesuatu yang istimewa bakal mewarnai industri Fesyen bukan sahaja di tanahair malah di peringkat antarabangsa khususnya negara-negara jiran. Menurut beliau, elemen fesyen itu sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman justeru acara seperti ini merancakkan lagi industri fesyen secara keseluruhannya.


Aman Central merupakan mercu tanda yang gah serta tersendiri. Dikenali sebagai hotspot serantau 'where everything comes together' , Aman Central merupakan lokasi yang ideal untuk seisi keluarga.

Dengan keluasan binaan seluas 1.25 juta kaki persegi dan ruang sewaan seluas 800,000 kaki persegi, pusat membeli-belah ini menawarkan pengalaman membeli-belah yang lengkap untuk semua lapisan masyarakat dan peringkat usia. Diterajui oleh Parkson, Golden Screen Cinemas, Kidzoona,dan Aman Bowl, Aman Central turut menampilkan jenama-jenama terkenal seperti H&M, Uniqlo, Cotton On dan banyak lagi.

Dengan kedudukan strategik berhadapan Menara Alor Setar yang ikonik, Aman Central mudah diakses melalui Jalan Tambang Badak dan Jalan Teluk Wanjah. Aman Central sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pembeli dan pengunjung dengan menyajikan mereka dengan pelbagai tawaran yang istimewa!

Untuk segala maklumat lanjut, lawati laman sesawang hanya di: www.amancentral.com.my.


IG @amancentral

Tiktok @AmanCentralTikTok

#KFW22 #AmanCentral


Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!