MANDARIN ORIENTAL KUALA LUMPUR BAWAKAN PENGALAMAN KULINARI ASLI DARI INDIA SEMPENA DEEPAVALI
Sempena Hari Deepavali ini, Mandarin Oriental Kuala Lumpur bakal meraikan perayaan cahaya ini dengan mencipta satu pengalaman kulinari yang unik bersama rangkaian hotel mewah Oberoi Hotel and Resorts Group, satu kerjasama strategik jangka panjang yang telah terjalin sejak tahun 2020.
Menampilkan Chef Rajiv Vatsyayan dan Brigade de Cuisine, Mandarin Oriental menyajikan pelbagai hidangan serantau dari India yang asli bertemakan Regional Cuisines of India.
Antara hidangan yang harus dicuba adalah seperti berikut:
Sikandari Khusk Raan
Peha kambing yang diperap dengan campuran rempah istimewa Chef Rajiv dan dimasak dengan stim secara perlahan bersama sayur-sayuran.
Tandoori Champein
Daging kambing yang diperap semalaman dengan rempah-ratus seperti bunga cengkih, buah pelaga hitam dan halba, dimasak di dalam ketuhar tandoor dengan perlahan.
Meen Moilee
Hidangan ikan istimewa dari India Selatan yang disediakan dengan ramuan masakan India seperti biji sawi, halba, kunyit dan halia, dan dihidangkan dengan kuah kari bersantan.
Chef Rajiv |
Chef Rajiv merupakan bekas pelajar dari Oberoi Centre of Learning di Delhi dan mempunyai pengalaman 16 tahun dalam mencipta resepi yang inovatif bersama rangkaian Oberoi Hotels. Belliau menerima pengiktirafan kecemerlangan Modern Indian Cookery’ dan juga gelaran ‘Best Coastal Restaurant Chef’ dalam tiga tahun berturut-turut.
Anda juga mempunyai pilihan untuk 'Stay and Dine', pakej istimewa - penginapan satu malam di bilik Deluxe Park View dan bufet Regional Cuisines of India di Mosaic dan sarapan pagi percuma untuk 2 orang.
Bufet Regional Cuisines of India bakal diadakan di Mosaic pada 20 - 24 Oktober, dengan harga RM188+ seorang untuk makan tengah hari dan RM228+ seorang untuk Makan Malam atau Brunch Hari Ahad.
Untuk tempahan, sila hubungi talian +60 ( 2330 8798), emel
mokul-fb@mohg.com atau layari
Comments
Post a Comment